Asuh

‘Macam Degil Tapi Bukan Degil..’- Patutlah Mak Ayah Selalu Salah Faham Dengan Anak Kedua

2
SHARES
anak kedua degil

“Kalau dibandingkan dengan si kakak, anak kedua kami Nurin memang suka memberontak. Pantang kita menegur, mesti nak tarik muka dan buat tindakan tak puas hati. Kenapa ya? Betulkah orang cakap sifat anak kedua memang begini?

Sebenarnya anak kedua memang biasa dikaitkan dengan perangai suka memberontak atau ‘rebellious’. Tapi, adakah ini satu kebetulan, sekadar stereotaip, atau ada sebab saintifik di sebaliknya?

Baca juga: Anak Nombor 2 Paling Banyak Buat Mak Ayah Mengucap!

MACAM DEGIL TAPI BUKAN DEGIL, PATUTLAH MAK AYAH SELALU SALAH FAHAM DENGAN ANAK KEDUA

Foto: Fhais Salim

Menurut perkongsian saudara Fhais Salim, beliau turut berkongsikan di laman Facebook bahawa beliau juga mengalami masalah yang sama untuk memahami anak kedua. Nampak macam degil, tetapi sebenarnya tidak.

Kadang senang nak salah faham dengan Second Born Child (anak nombor dua) ni. Dari luaran memang kita mudah trigger dengan perangai dia. Sangka degil rupanya bukan. Memang birth order anak kedua ni buat perangai dia agak sedikit,

– keras kepala

– susah di tegah

– kuat bentak

– kuat melawan

– self-centered

Tapi itu tak bermakna dia degil tau. Jangan salah faham. Yang sebenarnya itu la karakter second born child. Dia bukan degil tapi dia ada karakter yang:

– kompetetif

– strong will

– suka menang

– benci kalah

– kuat gaduh

– tak suka di arah-arah

Macam degil, tapi bukan degil. Tak dinafikan, budak ni paling banyak buat kita mengucap & menguji kesabaran.
Selalu berdoa di beri kekuatan, hanya Allah sahaja tempat bergantung. Sungguh!

Nak mendidik anak ni bukan sahaja kena kuat sabar, tapi kena kuat iman juga. Saya yakin, bahawa di sebalik kedegilan anak anak kita ini tersembunyi hikmah besar yang bakal beri manfaat pada kita kelak. InsyaAllah.. Orang kata degil degil anak kedua ni, dia la anak paling setia dan paling ingat orang tua nanti. Wallahu A’lam..

Sumber: Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×