Famili

Exploding Content 2023 Acara Tahunan REV Media Group Kembali Untuk Perkasakan Kandungan

8
SHARES
EXPLODING CONTENT 2023

REV Media Group (REV) merupakan penerbit digital terkemuka di Malaysia dan sangat teruja untuk mengumumkan acara tahunannya, Exploding Content 2023 kembali lagi.

Edisi tahun ini dijangka menjadi game-changer dan bertemakan “The People-First Equation: Kesan Gelombang dari Berfikir Seperti Pengguna.”

EXPLODING CONTENT 2023 REV MEDIA GROUP KEMBALI LAGI

EXPLODING CONTENT 2023

Acara itu akan diadakan di The Colony, KL ECO City, pada 12, 13, dan 14 September. Exploding Content akan menampilkan beberapa sesi setiap hari, memenuhi jadual hadirin yang pelbagai: 10.30 pagi, 2.00 petang, dan 4.00 petang.

Acara tahunan ini tertumpu pada komitmen untuk berkongsi valuable insights, kajian kes, dan pembelajaran dari kempen yang berjaya sebelum ini.

Ia bertujuan untuk melengkapi para hadirin dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan strategi penciptaan kandungan mereka.

Dengan penekanan kepada pemikiran berpusatkan pengguna, acara ini akan mendedahkan pakej-pakej baru yang lebih menarik direka untuk memperkasakan jenama, perniagaan, dan usahawan.

Selain itu, Exploding Content 2023 juga bertujuan untuk merapatkan jurang antara segmen khalayak yang pelbagai dan pencipta kandungan, membolehkan mereka mengaplikasikan pembelajaran tersebut dengan segera untuk meningkatkan kempen mereka sendiri.

Bakal mengetengahkan konsep “Berfikir seperti seorang pengguna sebelum berfikir seperti seorang pemasar.” REV mengiktiraf anjakan paradigma ke arah penciptaan kandungan yang mengutamakan komuniti. Sebagai hasilnya, Exploding Content 2023 didedikasikan untuk meneroka kesan mendalam dari pengambilan perspektif seorang pengguna.

Acara selama tiga hari ini sudah tentunya menjanjikan pengalaman luar biasa yang akan memberi inspirasi, mendidik, dan mengubah cara konsep dan penyampaian kandungan.

Jangan lepaskan peluang untuk merevolusikan strategi penciptaan kandungan anda. Daftar untuk Exploding Content 2023 hari ini di sini. Jumpa anda nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×