Riadah/Relax

Jom Cuba Pelbagai Permainan Mendebarkan Di Euro Fun Park, Mesti Tak Nak Balik!

574
SHARES
euro fun park

Berita baik untuk anda sekeluarga yang gemarkan aktiviti di taman tema atau fun fair, taman permainan Euro Fun Park nampaknya sudah membuka tirai di Taman Sri Gombak (Bersebelahan Maybank) bermula dari 2 Februari ini sehingga 3 Mac 2019.

Malam penuh berwarna-warni ini juga dimeriahkan dengan 20 jenis permainan antaranya Vortex, Sky Rider, Merry Go Round, Dodgem Car, Top Gun dan Haunted Castle yang sesuai untuk anda yang kaki ekstrem dan juga untuk kanak-kanak. Tidak kurang juga untuk mereka yang gemarkan fotografi, anda boleh mengasah kemahiran mengambil gambar anda disini. Taman ini dibuka pada jam 7 malam sehingga 12 tengah malam.

HARGA TIKET MASUK

euro fun park

Tiket masuk berharga RM4.00 bagi dewasa manakala RM2.00 bagi kanak-kanak. Manakala setiap token untuk permainan berharga RM2.00.

Jika anda tertanya-tanya tentang isu keselamatan, taman tema ini diselenggara oleh jurutera dari Eropah. Malahan, struktur mekanikal dan sistem eloktronik taman ini turut diperiksa oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Pastinya keselamatan dan keselesaan pengunjung serta pekerja menjadi keutamaan mereka. Terdahulu, taman tema popular ini turut pernah bertapak di Johor Bharu, Kuantan, Pulau Pinang dan sekitar Lembah Klang.

ANTARA PERMAINAN YANG MENCURI TUMPUAN

Sudah pastinya terdapat beberapa jenis permainan yang mencuri tumpuan dan popular. Melonjakkan aliran adrenalin dalam diri anda bersama keluarga akan memberikan kepuasan maksima terutamanya untuk melepaskan stress. Yang paling mencuri tumpuan ramai adalah 5 jenis permainan di bawah.

1. EURO WHEEL

euro fun park

2. EXCITING CHALLENGER

3. SUPER JET

4. VORTEX

5. SKY RIDER

Sumber : Euro Fun Park

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×