Famili

Elak Komplikasi MIS-C, Pastikan Kanak-kanak Terima Vaksin Covid-19

35
SHARES

Bagi mengelakkan komplikasi serius akibat Covid-19 seperti Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C), ibu bapa diminta agar memastikan anak-anak mereka divaksin.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata kes COVID-19 membabitkan kanak-kanak telah meningkat dengan mendadak termasuk kondisi yang serius dan kematian.

Baca juga: “Tak Demam & Sakit Badan…”- Diana Danielle Kongsi Pengalaman 2 Orang Anak Sudah Divaksin

ELAK KOMPLIKASI MIS-C, PASTIKAN KANAK-KANAK TERIMA VAKSIN COVID-19

Memetik laporan BH Online, Dr Anas turut meminta agar lebih ramai pakar kanak-kanak menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) untuk membantu dan bekerjasama dengan ProtectHealth dalam melaksanakan program tersebut secara maksimum.

“Kami bimbang mengenai MIS-C dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, kami merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak anda dilindungi daripada virus COVID-19. Tolong lindungi anak-anak kita, keluarga kita dan dengan melakukan ini kita akan melindungi semua orang,” jelasnya.

Seramai 1,267,491 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun, atau 35.7 peratus daripada populasi kumpulan itu dalam negara ini, telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di bawah PICKids setakat semalam.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×