Asuh

Elak Ketagih Gajet, Ini Langkah Mudah Didik Anak Membesar Secara ‘Tradisional’

133
SHARES

“Apa nak buat ni, anak selalu minta main phone…”

Penggunaan gajet keterlaluan dalam kalangan anak-anak boleh beri kesan negatif yang kepada anak seperti obesiti, ADHD atau melambatkan proses bercakap. Antara sebab ibu dan bapa memberikan gadjet kepada anak kerana mereka terlalu penat bekerja lalu biarkan anak bersama gajet sebagai jalan penyelesaian. Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk hilangkan rasa bosan anak.

1.BIARKAN ANAK BERMAIN SENDIRI

Setiap anak akan mempunyai keupayaan “self-directed play”. Bermain ialah fitrah anak yang perlu dipenuhi dengan memberi ruang kepada mereka untuk explore sekeliling dengan kehendak sendiri. Bila anak mampu untuk berbuat demikian, ibu dan bapa boleh bersenang-lenang biarkan anak teroka dunia mereka sendiri.

BINA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

Dengan biarkan anak anda kembangkan otak mereka sendiri, ia mampu membina kesihatan fizikal dan mental serta mengembangkan daya kreativiti dan keyakinan diri anak. Walaupun memberi gajet boleh mengurangkan daya fokus anak, ia boleh memenuhi keperluan hiburan mereka. Jadi, jika anak meluangkan masa lebih kepada gajet, mereka akan lebih memerlukan gadjet berbanding self-directed play.

2.TUTUP TV DI RUMAH

Langkah pertama untuk biarkan anak bermain sendiri adalah jangan buka TV ketika di rumah. Mulakan dengan menghadkan masa anak di hadapan skrin gajet seperti yang di sarankan oleh pakar.

3.RUANG BERMAIN YANG SELESA & SELAMAT

Tanpa menggunakan duit yang banyak, ibu dan bapa perlulah menjadi kreatif untuk menyediakan satu ruang yang lengkap untuk anak bermain. Keselamatan anak merupakan aspek yang paling penting supaya anda tidak perlu risau ketika mereka bermain sendiri. Ruang itu mestilah disusun dengan teratur supaya anak boleh bermain dengan lebih mudah.

4.PILIH MAINAN ANAK DENGAN BETUL

Selain memilih mainan yang boleh mengembangkan otak anak, pastikan mainan itu selamat dan senang digunakan. “Active toys make passive children, passive toys make active children.”

CARA MEMUPUK ANAK BERMAIN SENDIRI

1.Biarkan anak bantu diri mereka sendiri. Ibu bapa tak perlu membantu mereka menunjukkan cara untuk menggunakan barang tertentu, malah, biarkan anak memikirkan caranya sendiri.

2.Jangan ganggu mereka ketika mereka bermain. Sel-sel otak mereka mula berhubung ketika mereka bermain dan mencuba perkara baru.

3.Percaya pada anak. Ibu bapa tidak lekang dengan rasa risau sekiranya anak bermain sendirian. Sebenarnya, ibu bapa perlu percaya kepada kebolehan anak supaya dapat biarkan mereka berdikari.

*Tak susah pun kan? Semoga bermanfaat 🙂

Sumber: MamaNatural

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×