Famili

Produk SuuBalm Kini Boleh Bantu Menyejukkan & Menenangkan Kulit Anda!

4.1K
SHARES

Penyakit kulit ni satu masalah yang boleh membuatkan kita tertekan. Lebih-lebih lagi kalau ada antara anda yang mengalami kondisi kulit seperti kulit sensitif, kering dan gatal-gatal yang berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Yelah, kalau setiap masa nak digaru, memang sangat sukar untuk jalani kehidupan seharian. Menggaru pula akan merosakkan permukaan kulit dan secara langsung memudahkan kuman masuk ke dalam kulit. Ha.. sekarang tak perlu pening dah sebab produk ini dah boleh bantu selesaikan masalah anda tau!

Pelembapan mendalam dan menghilangkan rasa gatal yang cepat

Suu Balm adalah produk penjagaan yang direka untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kulit kering dan gatal, disamping memberikan kelegaan cepat dan membantu meningkatkan kekerapan pelembapan. Nak tahu macam mana Suu Balm ini berfungsi untuk anda yang mengalami masalah tersebut?

Semestinya dengan khasiat dua bahan utama yang memberikan kelegaan pantas serta kelembapan menyeluruh iaitu mentol dan ceramide.

Mentol bertindak untuk menyejukkan kulit dan seterusnya menyekat penghantaran isyarat gatal ke otak dan seterusnya akan melegakan rasa gatal sepantas 5 minit! Selain itu, dengan adanya bahan ceramide ia memberikan kelembapan dan melindungi lapisan kulit dari paparan faktor lingkungan.

Ringan, tidak melekit dan yang penting HALAL

Mesti anda tertanya tanya juga kan, tekstur produk ni melekit atau tidak? Jawapan nya adalah tidak! Suu Balm adalah satu produk yang membuatkan anda berasa selesa bila memakainya. Yang paling penting, produk ini boleh digunakan untuk semua kerana ia disahkan Halal.

Diformulasikan dan dipercayai oleh Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang

Kulit anda sensitif tapi susah nak percaya dengan keberkesanan lambakan produk kulit di pasaran? Jangan risau Suu Balm ni diformulasikan oleh Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang yang turut mengendalikan ‘klinik gatal’ di the national skin centre Singapura.

Sementara itu, Suu Balm ini diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang dipilih khas, berhati-hati dan juga tiada bahan-bahan yang berbahaya seperti SLS, SLES, sabun, sulfat, paraben, pengawet atau pewangi tiruan. Memang sangat dipercayai untuk anda semua cuba!

Bukan setakat pelembab, Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash pun ada!

Kalau anda nak kulit yang sihat dan segar mesti lah kena sentiasa mencuci badan juga kan? Jadi, selain pelembab, Suu Balm juga ada produk Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash dimana ia sangat sesuai untuk pembersihan lembut pada kulit sensitif dan kering.

Ia menjadikan kulit anda berasa tenang, lembab dan segar sepanjang hari. Sabun, sulfat, wangian, paraben dan pencuci badan krim bebas pengawet ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi 5 bahan pelembap, termasuk shea butter dan kaya dengan sodium hyaluronate

Selain itu, ia diformulasikan untuk balance kan tahap pH kulit anda supaya sentiasa sihat. Ketiadaan paraben, pengawet dan wangian buatan menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Formula penyejukan dan pelembab ini sesuai untuk kulit sensitif dan sering mengalami kegatalan.

Selepas anda mandi degan menggunakan Suu Balm Cream Body Wash, boleh la keringkan kulit anda dan sapukan Suu Balm Moisturizer pula pada tempat yang gatal atau kering.

Dengan harga RM56.50 untuk Suu Balm Cream, sangat berbaloi!

Bila tengok harganya tidak terlalu murah kan? Tapi anda jangan risau, Suu Balm akan memberikan hasil yang baik dan satu kepuasan buat anda. Kalau nak diikutkan, banyak juga produk lain yang relevan di pasaran, harganya murah. Tetapi, hasilnya tidak begitu baik dan juga mungkin akan membuang masa dan wang anda. 

Kalau macam tu, anda mestilah kena bijak dalam memilih sesuatu produk. Biarlah harga nya sedikit mahal tetapi rasa berbaloi bila anda guna. Kebanyakan orang yang mempunyai masalah kulit, mereka memilih produk SuuBalm, kerana ia amat berkesan.

Jangan risau, Suu Balm adalah pilihan yang paling tepat!

Suu Balm kini boleh bantu anda menyelesaikan masalah kulit gatal, kering atau sensitif agar anda dapat menikmati hari hari mendatang dengan lebih yakin dan selesa. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Suu Balm atau pun dapatkan produk ini sekarang di kedai dan farmasi berdekatan anda seperti Watsons, Caring, dan lain-lain lagi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×