Hebahan

Dua Sajian Dutch Lady Tingkat Kesihatan Keluarga

32
reads

Kuala Lumpur- Dutch Lady Milk Industrues Berhad (Dutch Lady Malaysia) memperkenalkan kempen yang menggalakkan keluarga agar minum 2 sajian susu setiap hari sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

dua-sajian-susu-dutch-lady-sehari

Bertemakan Dua Susu Sehari: Susu 2 Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda, kempen ini menekankan agar minum 2 susu sehari untuk mendapatkan kebaikan khasiat sambil membantu menangani jurang perbezaan nutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia.  Daripada hasil kajian Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara, hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan vitamin D dan 1 daripada 20, mengalami masalah kekurangan nutrisi.

Menurut Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Jo-Anne Jayasiri, susu merupakan sumber nutrisi yang paling lengkap untuk seisi keluarga selain membantu dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta memperkukuhkan tulang ulang dan otot golongan dewasa. Memandangkan rakyat Malaysia hanya mengambil 0.4 sajian susu dan produk tenusu setiap hari, ia tidak mencukupi mengikut Garis Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan sebanyak 1-3 sajian sehari. Dengan adanya kempen ini, diharapkan rakyat Malaysia mengamalkan saranan kempen Dutch Lady untuk hidup lebih sihat.

Dalam majlis pelancaran kempen itu juga, Jo-Anne telah mengumumkan kerjasama antara Persatuan Pemakanan Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Kehormat dan Ketua Program Pemakanan, Profesor Dr. Norimah Karim serta selebriti Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik untuk menyampaikan kempen kepada keluarga di Malaysia akan kebaikan susu dan betapa mudahnya menggabungkan 2 sajian susu dalam diet harian.

“Pengetahuan dan bimbingan akan disalurkan kepada keluarga di Malaysia melalui media serta pameran bergerak mengenai status nutrisi mereka di samping mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan bertauliah tentang cara menggabungkan 2 sajian susu setiap hari dalam diet pemakanan keluarga”.

Yang Popular

To Top