Nur

Dua Amalan Doa Disarankan Buat Supaya Dapat Bertemu Malam Lailatul Qadar

15
SHARES
malam lailatul qadar

Salah satu keistimewaan bulan suci Ramadan ialah malam Lailatul Qadar yang amat dinanti-nantikan oleh setiap Muslim kerana dipercayai merupakan malam penuh berkat dan lebih baik daripada seribu bulan. Namun untuk berlakunya malam Lailatul Qadar itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila masanya dan kepada siapa dalam kalangan hamba-hambaNya yang dikehendaki.

10 malam terakhir Ramadan yang jika kita amalkan sehingga malam Hari Raya Aidilfitri, InsyaAllah akan buat kita bertemu dengan malam yang istimewa ini. Seorang pengguna TikTok telah berkongsi satu video mengenai satu syarahan Ustaz Alif Syukri berkenaan dengan amalan yang harus dilakukan untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Baca juga: Betul Ke Lepas Solat Kena Lipat Sejadah Macam Ni?

2 AMALAN UNTUK MENDAPAT MALAM LAILATUL QADAR

Menginjak ke beberapa malam terakhir bulan Ramadan, rata-rata umat Islam pasti akan menunggu dan berkejar-kejar dalam meningkatkan amalan ibadah dengan tujuan bertemunya dengan malam yang penuh keberkatan iaitu, malam Lailatul Qadar.

Ini merupakan doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr:

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Ramadan adalah bulan pengampunan di mana pada bulan ini Allah membuka luas pintu ibadah dan memberikan ganjaran keampunan buat dosa-dosa silam kita.

Ciri-ciri dan Kisah Orang yang Mendapatkan Malam Lailatul QadarAntara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat rezeki bertemu malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadhan adalah:

Maksudnya:

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan Allah SWT yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran syurga yang dijanjikanNya di akhirat kelak.

Semoga kita dijodohkan untuk berjumpa dengan malam Lailatul Qadar! Amin.

Video penuh:

@ida_fieda

Reply to @babyshayang7 Jom sesama kita sebarkan dan Aaminkan.. Semoga dimakbulkan doa-doa kita semua🤲 #InShaaAllah #Aamiin #ida_fieda🌹 #Alhmdulillah #LailatulQadar #doaagardipertemukanmalamlailatulqadar #uasofficial

♬ original sound – uas official – uas official

Sumber: TikTok @ida_fieda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×