Asuh

Doktor Kongsi 10 Cara Untuk Hentikan Anak Menggaru Kalau Ada Ekzema…

21
SHARES

“Doktor, macam mana nak stop anak saya dari menggaru,?”

Ibu bapa pasti tahu betapa sukar untuk menjaga si kecil yang mengalami masalah ekzema. Ekzema menyebabkan radang pada kulit, bengkak, gatal dan ruam merah. Ekzema selalunya terjadi pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut.

Kulit akan menjadi berkerak dan gatal sehingga membuatkan si anak tidak henti menggaru. Jadi, bagi mengelakkan si anak terus menggaru dek kerana gatal ekzema, berikut 11 cara ibu bapa boleh cuba dan lakukan. Ikuti perkongsian Dr Aween Liana di bawah dengan lebih lanjut.

Baca juga: Jangan Biasakan Trend Bawa Bayi Tengok Wayang, Banyak Kesan Tak Elok!

DOKTOR KONGSI 10 CARA UNTUK HENTIKAN ANAK MENGGARU KALAU ADA EKZEMA

Seringkali saya jumpa di klinik, ibu-bapa marah anak-anak sebab menggaru. Kesian the kids because ekzema is very itchy! Beritahu anak-anak untuk tidak menggaru bukanlah jalan penyelesaian. Ini 11 langkah untuk elakkan anak menggaru.

1. Jangan kata “tak boleh garu”! It will make them want to garu more! Bayangkan kalau kita sakit sangat kepala, then ada org kata, ala tak sakit tu. Just ignore perasaan sakit tu. Wouldn’t it make you go crazy? Dari sakit kepala, terus sakit hati kan?

2. Teknik favourite saya adalah sapu pelembab. Ajar anak kecil sapu sendiri. Ada pesakit umur 4 tahun dah reti sapu sendiri. Bila mana rasa gatal, instead of garu directly dengan kuku, sapu pelembab. Gosok lembut tempat gatal. Luka tak ada, gatal pun hilang.

3. Potong kuku anak-anak. Jangan biarkan panjang atau tajam. Jika anak-anak menggaru sekalipun, at least hanya hujung jari sahaja yang terkena dengan kulit. Bukan kuku. Kurang luka pada kulit.

4. Distraction technique. Cari toys yang distract tumpuan & penggunaan tangna mereka. When we keep their hands busy, we reduce the chances of scratching. I personally don’t favour gadgets. Although their minds are distracted, their hands are not. End up mereka garu secara tak sedar.

5. Bila malam, boleh gunakan sarung tangan atau kaki cotton. Pakai together with pelembab +/- krim steroid. Pastikan jenis yang sederhana ketat dan tidak mudah terlucut waktu tidur. Pastikan juga tekstur itu lembut. Sekurang-kurangnya, jika anak-anak sentuh kulit bila gatal pun, tidak menyebabkan luka yang teruk dan elakkan katil dari ada kesan darah.

6. Cold compress. Pedapkan kulit gatal dengan kain sejuk. Followed by pelembab. Mandi sekejap pun membantu. Jangan peluh lama pada kulit. Air suam kuku, dalam 10 – 15 minit.

Sabun yang sesuai untuk ekzema. Tiada buih/pewangi. Boleh gunakan pengganti sabun i.e aqueous cream. Elakkan guna scrub/loofah. Lepas mandi, lap lembut kulit hingga kering. Jgn gosok kasar. Then, jangan lupa pelembab! Wajib!

7. Sebelum makan, sapu mosturier di kulit muka/leher. Lepas makan, cuci betul-betul sisa makanan/sos dari muka/leher/tangan anak. Sisa-sisa ini boleh menerukkan ekzema jika lama pada kulit. Guna teknik mencuci seperti mandi. Air suam kuku. And no harsh handsoap.

8. Boleh letakkan pelembab dalam peti sejuk bawah. Bukan freezer. Some patients like it bila sejuk-sejuk kena pada kulit dan boleh hilang perasaan gatal.

9. Bagi rewards! Ada patients yang bagi hadiah dekat anak-anak kalau mereka tak menggaru. Simple sahaja, maybe macam dapat main dekat luar ke, makan ice cream ke.

10. Lawan perasaan garu. Boleh suruh mereka kira 1 – 10. Ada mengatakan, perasaan menggaru yang paling kuat (peak) bertahan selama 10 seconds. Boleh suruh genggam tangan bila gatal. Ada yang menyanyi. Ada yang tepuk-tepuk lembut tempat gatal.

Perkara yang paling penting ialah, sila dapatkan bantuan daripada doktor. Ini hanyalah cara untuk membantu anak-anak anda daripada menggaru. Setiap petua mungkin tidak menjadi untuk semua orang. Ingat, ia bukan rawatan utama ekzema. Jadi dapatkan nasihat perubatan yang betul daripada doktor.

Sumber: Twitter Dr Aween Liana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×