Nur

Ucapan Doa Untuk Orang Sakit & Ketika Menziarah

52
SHARES

Doa Untuk Orang Sakit 

Dalam Islam, sakit dikira sebagai ujian daripada Allah buat hambaNya. Amalan menjenguk orang sakit pula merupakan perbuatan yang sangat dituntut dalam agama Islam.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, at-Tirmidzi dan Imam Ahmad, amalan menjenguk orang sakit terdapat banyak fadhilatnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Apabila seseorang menjenguk saudaranya yang Muslim (sedang sakit), maka (seakan-akan) dia berjalan sambil memetik buah-buahan syurga sehingga dia duduk. Apabila sudah duduk, maka diturunkan kepadanya rahmat dengan deras. Apabila menjenguknya di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar mendapat rahmat hingga tiba waktu petang. Apabila menjenguknya di waktu petang, maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar diberi rahmat hingga waktu tiba waktu.”

Dalam kita menziarahi orang sakit, jangan lupa juga untuk ucapkan doa buat mereka agar segera sembuh.

doa untuk orang sakit

Kredit Foto : islam.nu.or.id

Doa Untuk Orang Sakit Mengikut Ajaran Rasulullah

1. Doa Untuk Kesembuhan

Sebuah hadis meriwayatkan amalan Rasulullah yang turut melazimi ziarah menjenguk orang sakit. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA menyatakan Rasulullah sering membaca doa ini kepada sahabatnya yang sedang sakit :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Bacaan Rumi : Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Maksud : Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.

(Hadis Riwayat Bukhari)

doa untuk orang sakit

2. Doa Melawat Orang Sakit Menurut Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya kemudia ian mengucapkan (doa) di sebelahnya sebanyak tujuh kali : As alullaahal ‘azhiim rabbal ‘arsyil ‘azhiim an yasyfiyaka, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Doa ini dibacakan dengan niat agar Allah SWT segera mengangkat penyakit serta mengurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada si pesakit :

أَسْأَلُ الله الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Bacaan Rumi : As alullaahal ‘azhiim rabbal ‘arsyil ‘azhiim an yasyfiyaka

Maksud : Aku memohon kepada Allah yang Agung. Tuhan ‘arasy yang megar agar menyembuhkanmu.

Sesuai dengan hadis, doa ini dianjurkan untuk dibaca sebanyak 7 kali bertepatan dengan amalan Rasulullah.

doa untuk orang sakit

Kredit Foto : theasianparent.co.id

3. Ucapan Doa Kepada Orang Sakit Berserta Namanya

Dalam mendoakan orang sakit, kita juga dianjurkan untuk berdoa sambil menyebutkan nama si pesakit. Perbuatan ini bertepatan dengan amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW saat menjenguk Sa’ad bin Abi Waqqash.

Berdasarkan Riwayat Imam Muslim, doa ini pernah ditujukan kepada Sa’ad. Dalam doa di bawah, nama Sa’ad digunakan. Gantilah nama Sa’ad dengan nama pesakit yang anda ziarahi :

اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا

Bacaan Rumi : Allahummasyfi Sa‘dan. Allahummasyfi Sa‘dan. Allahummasyfi Sa‘dan.

Maksud : Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad. Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad. Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad.

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

doa ketika sakit

4. Doa Untuk Kesembuhan Semua Jenis Penyakit

Berikut pula merupakan doa bagi memohon kesembuhan sebarang jenis penyakit. Menurut hadis riwayat Imam Bukhari dari Ibu Abbas R.A , Rasulullah SAW pernah membacakan doa ini ketika menziarahi seorang Badwi yang terlantar sakit demam. Doa yang dilafazkan adalah seperti berikut :

لَا بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ

Bacaan Rumi : La ba’sa thahurun insya’allahu

Maksud : (Semoga) tidak apa-apa (sakit), semoga suci dengan kehendak Allah.

(Hadis Riwayat Bukhari)

doa untuk orang sakit

5. Doa Untuk Kesembuhan Serta Pengampunan Dosa Buat Si Pesakit

Selain mendoakan untuk kesembuhan, kita juga boleh mendoakan agar diampunkan dosa-dosa si pesakit. Sebagaimana riwayat Ibnu Sunni, Rasulullah SAW membacakan doa ini ketika menjenguk sahabatnya, Salman Al-Farisi :

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Bacaan Rumi : Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa ‘afaka fī dinika wa jismika ila muddati ajalika

Maksud : Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam agama serta jasmanimu sepanjang usia.

(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Semoga dengan doa-doa yang dibacakan kepada pesakit dapat melengkapi amalan ziarah orang sakit sebagai tanda mengukuhkan silaturrahim serta meningkatkan empati kita pada orang yang sedang diuji.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×