Famili

Arwah Ayah Tinggalkan Diari Sejak 1975, Coretan Undang Air Mata Kini Jadi Peneman Anak

5
SHARES
doa untuk arwah ayah

Kehilangan sosok bernama ayah dalam setiap keluarga merupakan antara dugaan yang kuat dari Sang Pencipta. Sebagai anak, apa yang mampu untuk dilakukan adalah tidak putus doa untuk arwah ayah supaya amalan kebaikannya dihitung dengan tinggi kelak.

Bagi menghilangkan rasa rindu, mungkin ada pelbagai jenis peninggalan arwah seperti baju, kasut atau dompet yang masih dijaga rapi. Namun, ada perkongsian di laman Tiktok ini mengundang air mata apabila arwah ayahnya meninggalkan diari yang ditulis sejak tahun 1975.

Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..

TINGGALKAN DIARI SEJAK 1975, ANAK SEBAK KIRIM DOA UNTUK ARWAH AYAH..

doa untuk arwah ayah

Koleksi diari yang ditinggalkan arwah.

Kisah yang dikongsikan oleh Filzah Abdul Aziz, 36 di laman Tiktok miliknya, dia mengakui coretan diari-diari yang ditulis oleh arwah ayahnya Abdul Aziz Yahya, sejak tahun 1975 adalah peneman hidupnya pada ketika ini. Ayahnya yang meninggal dunia pada 18 Januari 2022 itu dikatakan seorang yang suka menulis dan mengabdikan kehidupannya dalam diari termasuk perkara-perkara kecil seperti menjejakkan kaki ke pasar.

Apa yang menyayat hati adalah kesemua diari yang ditulis oleh arwah itu tidak pernah disentuh oleh anak-anaknya sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir akibat kencing manis yang disembunyikan dari pengetahuan keluarga.

Filzah merupakan anak bongsu kepada 4 orang adik-beradik ini menceritakan bahawa arwah ayah bukanlah seorang yang banyak bercakap. Malah, arwah menyimpan diari-diarinya dalam almari yang berkunci dan ahli keluarga juga menghormati privasinya.

Walaupun kehilangan ayah masih meninggalkan kesan yang mendalam sehingga kini, setiap diari itu dikemas dan dibaca oleh anak-anak setelah pemergian arwah.

“Ayah cinta pertama seorang anak perempuan…”

doa untuk arwah ayah

Benarlah pepatah mengatakan bahawa ayah merupakan cinta pertama anak perempuannya. Apabila meneliti semula penulisan arwah, hanya linangan air mata yang mampu menemani rasa kesedihan tersebut. Menurutnya, arwah juga mencatit kes Covid yang berlaku di Malaysia tanpa gagal setiap hari hingga 7 Januari 2022.

Catat jumlah kes Covid setiap hari.

Begitulah seorang ayah yang jarang menunjukkan emosi kepada anak-anak dan isteri. Arwah turut menulis beberapa kisah sedih yang berlaku kepada dirinya di dalam diari tersebut tanpa memberitahu orang lain apa yang berlegar di mindanya. Arwah merupakan seorang pesara Tentera Udara Laut (TLDM) yang pernah bekerja di istana Johor sebagai pembantu tadbir dan ditukarkan ke radio Johor milik sultan (radio best FM).

*Video perkongsian ini mendapat lebih daripada 1 juta tontonan dan pelbagai komen waraganet yang tumpang bersedih dengan kisah arwah. Semoga anak-anak yang kehilangan ayah tercinta di luar sana kekal kuat dan terus mengirimkan doa untuk mereka.

Baca juga: Wanita Timang Anak Sulung Ketika Suami Usia 80 Tahun, Netizen Minta Kongsi Tips!

Sumber: Tiktok @filzahabdulaziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×