Deko & Hias

DIY Pokok Viral Untuk Dekorasi Hari Raya Dengan Total ‘Hangus’ Hanya RM24 Sahaja!

4.2K
SHARES

Ketika semua umat Islam sedang giat menjalankan ibadah dalam bulan Ramadan, tidak dilupakan juga persiapan untuk menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelma. Selain dari membuat persiapan baju raya, duit raya dan kuih raya, dekorasi di dalam rumah juga perlu dititikberatkan. Mana tidaknya, ramai tetamu akan hadir ke rumah anda ketika sambutan Hari Raya nanti bukan?

Jadi, salah satu dekorasi yang paling mudah adalah dengan membuat dekorasi pokok tiruan supaya ruang dalam rumah tampak lebih menarik. Hampir 10k perkongsian di Facebook, cara yang dikongsikan oleh wanita ini tentang langkah deko pokok di rumah ini ternyata sangat mudah! Apa kata anda cuba supaya ruang di dalam rumah sempena Lebaran ini tampak lebih segar dan meriah walaupun dalam dekorasi yang minimalis.

BAHAN-BAHAN UNTUK DEKO POKOK

1. Daun ECO (1 paket ada 4pcs), 6 paket X RM2.10

2.Rumput ECO RM2.10, Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50

3.Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.

4.Pasu ECO RM2.10

5.Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00

6.Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)

7.Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll) Guna 1 Roll je

CARA-CARANYA YANG MUDAH

1. 1st, bengkok kan batang daun macam ni

2. Ikat batang daun pada rotan

3. Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah

4. Saya masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat. Potong rumput ikut permukaan pasu.

5. Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap.

6. Siap! Dah boleh deko siap-siap untuk raya!

Selamat mencuba!

Sumber : Fadilah Ariffin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×