Menanam pokok ternyata boleh menjadikan mood seseorang itu menjadi lebih positif. Hal ini kerana ‘interaksi’ antara manusia dan tumbuh-tumbuhan dapat mengalirkan aura positif dan badan kita akan jadi lebih sihat. Tetapi, pokok bukan sahaja boleh diletakkan di luar rumah, malah terdapat beberapa jenis tumbuhan yang anda sesuai juga untuk diletakkan di dalam rumah.
Untuk anda yang selalu susah sangat nak tidur dengan lena, apa kata anda cuba letakkan salah satu dari antara 8 jenis pokok ini di dalam bilik. Mesti tenang sahaja tidur pada waktu malam!
8 JENIS POKOK TERBAIK UNTUK BANTU ANDA TIDUR LENA
Kajian NASA menunjukkan pokok hidup mampu membersihkan udara dalam rumah dan mampu bertindak sebagai agen ‘relaxing’. Pokok hidup dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan dalaman rumah namun mampu mengurangkan karbon dioksida dan habuk. Dan sesetengah pokok hidup mampu meningkatkan kualiti tidur.
Memandang udara bilik tidur merupakan antara kawasan tercemar dalam rumah dan kita menghabiskan satu pertiga hayat dengan tidur, maka udara yang bersih dalam bilik tidur sangat penting. 8 jenis pokok hidup yang terbaik dan mudah dijaga dalam bilik tidur serta mampu untuk bantu tidur dengan lena.
1. Areca Palm
Areca palm mampu membersihkan udara dalam bilik tidur dan mampu meningkatkan kelembapan dalam udara dan memberi kesan supaya mudah bernafas. Menurut penulisan artikel ‘Joy Of Plants’, areca palm sangat bagus untuk yang kerap selsema, bersin dan sinus.
2. Aloe Vera
Menurut dalam kajian NASA, Aloe vera antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam. Lebih tinggi oksigen dalam udara mampu meningkatkan kualiti tidur. Palin penting, pokok alo vera sangat mudah dijaga.
3. Ivy Plant
Satu kajian yang di buat oleh American College of Allergy, Asthma dan Immunology mendapati pokok ivy mampu menyingkirkan kotoran dalam udara sebanyak 94% dan mampu menyingkirkan kulat bawaan udara sebanyak 78% dalam tempoh hanya 12 jam. Sangat bagus untuk individu yang kerap bersin di waktu malam sehingga mengganggu tahap kualiti tidur.
4. Garbera Daisy
Garbera bukan hanya mampu membersihkan udara namun menaikkan seri bilik. Warna-warni garbera daisy mampu tingkatkan emosi yang positif dalam diri. Emosi yang positif sebelum tidur memberi kepuasan ketika tidur.
5. Jasmine
Jasmine bukan hanya mampu memberi haruman yang wangi. Namun menurut ‘Psychologist di Wheeling Jesuit University’, bau haruman jasmine meningkat tahap kualiti tidur.
6. Lavender
Sukar untuk tidur, bergolek kiri kanan namun masih belum mampu tidur. Haruman lavender sangat membantu kerana haruman lavender merupakan agen penenang kepada otak. Lebih tenang, maka lebih mudah untuk tertidur.
7. Snake Plant
Pokok hidup yang paling popular bukan hanya kerana mudah dijaga namun kerana kebaikan yang diberi pada manusia. Menurut buku Houseplant yang ditulis oleh Steinkopf, snake plant bukan hanya membebaskan oksigen tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida dan menapis toksin beracuna dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.
8. Peace Lily
Pokok bunga lily bukan hanya membersihkan udara, namun mampu menyingkirkan toksin dan meningkatkan kelembapan udara. Sangat bagus untuk yang menghadapi kesukaran bernafas, kerap selsema, bersin dan sinus.
*Habis #PKPB ni jom serbu nursery pokok. Kita shopping pokok-pokok hidup untuk dalam bilik tidur. Ingat kualiti tidur mampu mempengaruhi kesihatan dan memberi mood yang baik pada diri.
Sumber: Huda Zainal