DIY & Kraf

DIY Mini Home Office Guna Almari Baju Je. Kemas, Tak Sakit Mata

30
SHARES

Sebagai individu yang bekerja sepenuh masa di pejabat pasti akan disediakan satu ruangan khas untuk diri sendiri dengan segala keperluan penting disediakan. Hal ini akan lebih memudahkan dalam menyelesaikan tugas. Tetapi bagaimana pula jika anda harus menyiapkan tugasan di rumah tetapi memerlukan keperluan seperti di pejabat?

Apa kata anda cuba idea yang dikongsi oleh wanita ini di laman Facebooknya tentang mini home office. Segala kelengkapan cukup dan tak pening kepala nak cari barang. Patut cuba!

Baca juga: Cara Kemas & Simpan Wayar Kabel, 15 Minit Je Dah ‘Settle’!

DIY MINI HOME OFFICE GUNA ALMARI BAJU. KEMAS, TAK SAKIT MATA

Seminggu juga perah otak cari idea mana lah nak campak barang-barang dalam home office hani haha dengan fail-fail rumah dengan printer dengan segala stationery dan barang-barang  Lepas tu dapat idea nak buat home office dalam wardrobe.

– Almari pakaian hani jadikan sebagai home office. Dia buat teknik penyamaran kat situ haha so tak nampak serabut sangat master bedroom bila almari dah tutup. 3 box kat atas tu dari Ikea. Hani simpan barang-barang sentimental. Satu box sorang. Alif hani dan Aqil.

– Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa hahahah penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.

– Space pun tak ambil banyak dalam master bedroom. Memandangkan bajet memang banyak untuk home office ni (bajet dah banyak habis utk beli katil baru haha) terpaksa lah cari alternatif paling murah iaitu almari pakaian shopee berharga RM155. Ini je modal yang hani keluar untuk home office baru hani ni.

– Gunakan ruang dinding almari sebaiknya.

– Hani tambah lennart drawer dalam ni. Para ikea pun letak je atas laci. Para ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hantar kilang perabot minta dia tolong potongkan.

– Pintu almari pun hani guna sebaiknya. Letak jadual pembersihan hani.

– Harap misteri terjawab. Haha bila nak guna hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari hehe hani parking laptop kat atas ni. Sambung usb printer. Terus print.

– Inilah almari yg hani guna. Untuk yg ada bajet sikit mcm hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab hani fikir ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so rm155 berbaloi lah.

Jemput menelaah. Mana tahu ada idea nak buat benda yang sama juga. Semoga bermanfaat ya.

Sumber: Facebook Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×