DIY & Kraf

DIY Kotak Doorgift Comel Untuk Majlis Hari Jadi Anak

Ibu antara individu yang teruja untuk menyambut hari kelahiran anak-anak. Sebulan awal dah rancang segala persiapan dari A sampailah Z. Memang macam-macam idea kreatif mereka demi menghasilkan sebuah majlis Hari Jadi yang sempurna dan meriah.

Biasanya, tetamu yang hadir ke majlis Hari Jadi akan diberikan doorgift sebagai tanda terima kasih. Doorgift yang diberikan mengandungi bungkusan cookies, jelly, coklat, gula-gula dan sebagainya. Bagi anda yang ingin merancang untuk adakan majlis Hari Jadi untuk anak, apa kata anda hasilkan kotak comel sebagai doorgift dengan cara yang cukup mudah dan menjimatkan.

CARA MUDAH NAK HASILKAN KOTAK DOORGIFT UNTUK MAJLIS HARI JADI ANAK

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas A4 yang berwarna (ikut pilihan anda)

Gunting

Gam

Kertas Keras atau kertas malilakat

Penutup kotak

1. Ambil kertas A4 yang berwarna, boleh pilih ikut warna kesukaan anda. Lakarkan garisan mengikut ukuran seperti dalam gambar di bawah.

2. Lipat kertas ikut garisan.

3. Ambil objek bulat, tekap dan ikut separa bulatan. Boleh guna mangkuk bulat yang kecil. Rujuk pada gambar di bawah.

 

4. Kemudian, ambil duit syiling 50 sen lama yang besar atau apa saja objek bulat, tekap kan pada bahagian tengah-tengah seperti dalam gambar. Lukis garisan bulatan penuh.

5. Gunting ikut lakaran seperti gambar dibawah.

6. Gamkan kertas keras yang dibentukkan kepada separa bulatan.

7. Dah siap tampalan, anda boleh lipat ikut setiap garisan sehingga terbentuknya sebuah kotak.

Gamkan pada bahagian ini:

Lipatkan pada bahagian bawah (permukaan keras):

 

8. Siap bahagian penutup kotak! Seterusnya kita buat tapak kotak pula ya.

Tapak kotak

1. Masih menggunakan kertas A4 yang berwarna. Pilihlah warna ikut kesukaan anda. Potong kertas A4 menjadi bentuk octagon. Kemudian, gariskan setiap sudut seperti gambar dibawah:

2. Seterusnya, lipatkan ikut garisan untuk dapatkan bentuk. Kemudian, lekatkan gambar-gambar kartun comel kegemaran anak anda. Kalau nak tampal gambar anak anda sendiri pun boleh.

3. Bentukkan semula menjadi kotak. Masa ini anda boleh masukkan gula-gula atau coklat di dalamnya.

4. Sarungkan tutup penutup bersama tapak kotak yang dah siap tadi.

5. Siap!

Kalau nak lebih faham boleh lihat video dibawah:

Mudah saja kan? Selamat mencuba!

Sumber: 5-Minute Crafts

Most Popular

To Top