Deko & Hias

DIY Dekorasi Bajet Dapur Rumah Sewa Tanpa Kabinet & Table Top Ala Farmhouse, Kemas!

6.3K
SHARES

Siapa cakap yang anda tak boleh hias rumah sewa macam rumah yang dibeli? Antara ruang yang paling penting dalam rumah buat seorang wanita sudah semestinya adalah kawasan dapur. Jadi, dekorasi dan susun atur dalam kawasan tersebut perlulah sentiasa kemas. Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang mempunyai bajet besar untuk mendekorasi dapur supaya kelihatan ‘grand’. Jadi, ini perkongsian DIY dekorasi bajet dapur rumah sewa ala-ala farmhouse. Cantik!

SUSUN ATUR & DEKORASI BAJET DAPUR RUMAH SEWA (TANPA KITCHEN CABINET & TABLE TOP)

Assalamualaikum. Terima kasih pada kawan kawan kaki deko yang memberikan komen positif dan tak kurang juga kritikan pada hasil dekorasi ruang tamu di rumah sewa saya tempoh hari. Episod kali ini saya akan kongsikan berkenaan dapur pula.Saya pasti ramai kawan kawan yang buntu bila masuk ke rumah sewa yang dapurnya tidak dilengkapi dengan apa apa keperluan asas, kan?

Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah sewa saya yang juga tidak ada kitchen cabinet apatah lagi table top yang bertemakan dekorasi bajet ala ala farmhouse pula. Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca dan fahamkan. Maaf sekiranya saya tak selalu ada masa untuk jawab soalan berulang. Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua terutama pada kawan kawan yang masih menyewa juga.

Dengan kawalan bajet yang ketat, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet kurang dari RM 500! ‘’Biar betul ko ni dik bajet RM 500 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Sungguh, itulah anggaran yang hangus untuk peralatan utama yang saya gunakan :

• 2 Unit gas stove rack ( RM 70/each @ Shoppe)

• 4 Unit rak penstoran Hyllis saiz besar ( RM 49.90/each @ Ikea)

• 2 Unit rak penstoran Hyllis saiz kecil ( RM 39.90/each @ Ikea)

• Cat yang digunakan pula adalah cat lebihan dari ruang tamu

TOTAL : RM 419.40

Jadi misi perbelanjaan barangan asas saya berjaya! *Tambahan lain seperti keperluan untuk membeli balang makanan di dapur, hiasan dinding, troli, para, skirting, kuali & periuk serta pinggan mangkuk berbeza bagi setiap isi rumah jadi, jadi bajet tambahan itu terpulang pada anda.

HASIL MANFAAT RUANG YANG SECUKUPNYA

Inilah hasil dapur kami setelah kami berkahwin tiga bulan yang lepas. Saya cuba manfaatkan ruang dengan sebaiknya. Hasilnya,saya boleh katakan dapur ini hampir lengkap, saya ada :

• tempat memasak yang luas

• preparation area bersebelahan sinki

• rak susunan makanan kering

• rak khas untuk kitchen appliance

• rak khas untuk alatan mandian & cucian

• ruang khas untuk susunan pinggan mangkuk harian

• ruang khas untuk stok inventori makanan yang belum dibuka

• ruang khas untuk kuali & periuk

Bahkan beberapa perincian ringkas bagi menghidupkan mood ‘’farmhouse’’ di dapur. Meskipun tidaklah mewah, saya sudah cukup gembira dengan keadaan ruang dapur saya sekarang. Segala keperluan mencukupi dan terlihat sempurna bagi keperluan kami berdua.

‘MOOD FARMHOUSE’

Bersebelahan dapur memasak disediakan troli beroda tiga tingkat dengan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Aras 1 diletakkan bekas bagi ‘’food garnishing’’—senang lepas masak boleh terus tabur, aras 2 bahagian plastik sampah dan aras 3 dimuatkan roll tisu dapur. Barangan ini pasti saja memudahkan kerja pembersihan semasa atau selepas memasak.

Barangan wajib ketika masak yang disusun dalam radar mudah capai bersebelahan dapur gas -garam, gula, serbuk kunyit dan minyak masak. Bekas kedap udara ini saya beli di Daiso.Harganya Cuma RM 5.90 satu. Botol minyak pula dari Eco Shop sahaja.

Di atas preparation area saya gantungkan pula para Ikea Burhult dengan pendakap berharga RM 14.90 sekadar untuk menampung stock tuala dapur, tuala tangan dan hiasan ringkas.

“Eh rak ini bercahaya ke?”- Ya benar, mari saya ceritakan.Walaupun saya promote rak Ikea dan Shoppe di hampir setiap caption, saya takkan lupakan Eco Shop di mana segala-galanya idea deko kita sebagai rakyat marhaen boleh direalisasikan.

Di setiap tingkat rak Hyllis ini saya tambahkan lampu viral yang harganya cuma RM 2.10. Ianya akan melekat kukuh kerana ada alat penggantung (magnet& double sided pelekat Velcro) di belakang lampu. Beginilah keadaan rak di open pantry saya apabila semua lampu ditutup pada waktu malam. Terang kan?

Ini satu idea yang pasti memudahkan kebanyakkan ibu-ibu di rumah. Meskipun tidak ada built in cabinet downlight, kita tak perlu lagi berdepan dengan masalah gelap dalam dalam kabinet bila malam,nak bancuh air pun tak nampak.

Keadaan semasa. Ini ruangan sinki saya. Awas bawang rangers ! Sebelum taip apa apa, baca dulu ni dan buka minda anda ya. Kawasan sinki saya TIDAKLAH DIHIAS DENGAN JAMBANGAN BUNGA sebegitu pada hari biasa. Inilah yang kita namakan – for Instagram purpose hahaha.

RUANG PENSTORAN ALAT CUCIAN JUGA PENTING

Bahagian bawah sinki menjadi ruang penstoran bagi alat cucian dan toiletries. Saya cuma gunakan rak Hyllis size kecil yang telah saya nyatakan di atas. Setiap alatan disusun di dalam ‘’rumah’’ masing masing jadi secara tidak langsung saya peka dengan stok barangan yang masih ada ataupun yang perlu dibeli.

Simpanan dalam peti sejuk.

*Kemas! Tak semestinya tunggu rumah sendiri baru nak hias cantik-cantik kan?

Sumber: Nur Diyana via Kelab Kaki Deko

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×