DIY & Kraf

DIY Bancuhan Untuk Elak Tanaman Diserang Haiwan Liar, Memang Menjadi!

2
SHARES

“Ada saja haiwan nak serang pokok ni. Adoi!”

Tanaman seperti pokok pisang dan buahan-buahan sering menjadi mangsa serangan haiwan liar seperti babi hutan dan monyet. Memang kecewa dibuatnya bila melihat tanaman kita hancur dan tiada hasil seperti yang diimpikan.

Pelbagai petua orang kampung boleh dipraktikkan untuk mengelakkan tanaman diserang haiwan antaranya seperti perkongsian di laman Facebook yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Baca juga: Cara Tanam & Jaga Pokok Kucai, Baru Lebih Subur!

DIY BANCUHAN UNTUK ELAK TANAMAN DISERANG HAIWAN LIAR, MEMANG MENJADI!

tanaman

Resepi yang ayah saya bagi untuk elakkan babi. Sebab baunya macam kencing harimau. Saya tak tau kencing harimau macam mana baunya. Ayah saya letak di kebunnya.

Ikut teori saya, kalau babi boleh takut kencing rimau, mesti kucing pun takut. Malam tadi bereksperimen. Buat masa ni kucing belum berakkan lagi pokok saya dan kawasan berdekatan botol yang saya letak. Esok nak tinjau lagi hasil eksperimen.

Sebelum ni ayah saya guna minyak kibas untuk elak kerbau rosakkan pagar dan tanaman. Sebab yang sama, bau rimau. Tapi minyk kibas susah nak dapat.

Caranya mudah sahaja iaitu hancurkan belacan dan ubat gegat. Gaul bagi sebati dan masukkan dalam botol. Buat sedikit lubang pada botol supaya baunya keluar.

Cubalah buat, tengok teori org kampung berkesan atau tidak. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Berkebun Di Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×