Famili

Ditinggalkan Sejak Usia 2 Tahun, Ibu Bapa Tergamak Saman Anak Enggan Belikan Rumah

20
SHARES

Hanya kerana anak tidak mahu membelikan sebuah rumah, pasangan suami isteri di China bertindak menyaman anak perempuan mereka. Tergamaknya!

Melalui laporan Kosmo, pasangan itu telah mengabaikan anak perempuan mereka bernama Zhang sejak dia berusia dua tahun sebelum tiba-tiba muncul dan meminta dibelikan rumah kepada saudara lelakinya.

Baca juga: Lelaki Merajuk & Tinggal Atas Bumbung Selama 2 Hari Gara-Gara Tak Diberi G*nja

MAHKAMAH KELUAR PERINTAH BERBAUR KONTROVERSI!

Gambar hiasan: SCMP – Kosmo.

Zhang yang kini telah menginjak usia 29 tahun, telah diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga sejak kecil kerana ibu bapanya dikatakan tidak berkemampuan.

Sejak itu, mereka tidak menghubungi Zhang. Gadis itu malah menganggap keluarga ibu saudaranya sebagai keluarga kandungnya sendiri, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Ibu bapanya membuat permintaan sedemikian, setelah mendapat tahu Zhang menggunakan sebahagian daripada wang simpanannya untuk membeli sebuah rumah kepada sepupunya yang merupakan anak kepada ibu saudara yang menjaganya

Perkhabaran di atas kebaikan Zhang, telah membuatkan ibu bapanya meminta dia membelikan sebuah apartmen untuk adik-beradik kandungnya.

Akhbar Shandong Business Daily melaporkan, bahawa ibu bapa kandung Zhang meminta dia membantu anak lelaki mereka yang mempunyai masalah kewangan.

SELAIN ZHANG DISAMAN, DIA DIMINTA BAYARAN ‘NAFKAH IBU BAPA’…

Sekadar gambar hiasan.

Namun, apabila dia enggan berbuat demikian, mereka bertindak menyaman Zhang dan meminta wang berjumlah 500,000 yuan (RM324,914) sebagai bayaran ‘nafkah ibu bapa’.

Mahkamah di China baru-baru ini mengeluarkan perintah yang mencetuskan kontroversi dengan menyatakan bahawa meskipun Zhang tidak mempunyai kewajipan untuk memberi hartanah atau membiayai saudara lelakinya, dia secara undang-undang diwajibkan memberi bantuan kewangan kepada ibu bapanya.

Di China, ketaatan anak kepada ibu bapa amat dititikberatkan, dan undang-undang jelas menggariskan bahawa semua anak yang sudah dewasa mempunyai tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa kandung mereka.

Ia tidak kira sama ada ibu bapa tersebut melaksanakan kewajipan sebagi ibu dan bapa, atau sebaliknya.

Dalam kes tersebut, mahkamah memerintahkan agar Zhang berbincang dengan ibu bapa kandungnya dan menyelesaikan urusan mengenai jumlah yang perlu dibayar sebagai nafkah.

“Mujur Zhang tidak membesar dalam keluarga asalnya. Mereka amat teruk,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×