Didik

Ditanya Tentang Tuhan Oleh Anak, Guna Teori Ringkas Doktor Ini

150
SHARES

Pernah tak anak-anak tanya soalan berkenaan Tuhan dengan anda? Kadang-kadang terkial-kial juga nak menjawab kan sebab takut sampaikan informasi yang salah. Tetapi, amat penting untuk mendidik anak-anak mengenai ilmu agama sejak mereka kecil supaya tidak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling apabila mereka dewasa kelak. Jadi, apa kata kita baca perkongsian dari Dr. Hairin Anisa Tajuddin mengenai isu anak dan Tuhan. Semoga dapat dijadikan panduan buat ibu bapa di luar sana ya!

CARA JAWAB SOALAN ANAK TENTANG TUHAN

Saya nak share sikit cara saya menjawab soalan daripada anak saya tentang Tuhan. Dua malam lepas Imran 4 tahun ada berimaginasi dan berlakon “Saya tuhan, saya nak keluarkan awak” semasa dia nak keluar daripada kereta. Saya yang agak terkejut terus bagitau dia yang masih belum faham konsep ketuhanan dan keimanan (anak kecil ialah kain putih yg perlu dicorakkan)

muis.org.my

PERBUALAN ANTARA IBU DAN ANAK

Saya : Imran tak boleh mengaku tuhan tau, berdosa.
Imran buat muka tercengang cengang…buat muka pelik.
Saya tersenyum aje dan jawab : adik pandai baca surah Al-Ikhlas kan? Cuba baca boleh…
Then Imran terus baca dgn lancar…Alhamdulillah.
Dia mmg dah hafal Surah-surah pendek especially 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas). Itupun saya dah cukup bersyukur walaupun tak sama macam anak-anak genius Al-Quran yg hebat-hebat (4 tahun dah hafaz banyak juzuk).
Tapi saya nak tekankan makna surah tersebut.

http://esma-muslima-27.skyrock.com/

Muhammad (7 tahun) tanya saya : Kenapa dengan suruh Imran baca surah tu Ummi?
Tapi dah malam sangat, jadi saya suruh mereka tidur dulu.
Pagi ni saya sempat ajak mereka baca tafsir surah Al-Ikhlas. Muhammad yang baca (Imran belum pandai baca).
Ayat ke 3 : Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan
Ayat ke 4 ; Dan tiada suatu pun yg setara / sama denganNya.

www.shutterstock.com

Saya katakan kepada mereka maksud ayat tersebut menjawab soalan mengapa kita tidak boleh kata diri kita Tuhan. Manusia adalah ciptaan Allah swt. Semua yang ada di dunia ini adalah ciptaan Allah swt samada benda hidup atau benda tak hidup (yang dibuat oleh manusia).

Allah swt beri akal dan mencetuskan idea dalam otak manusia yang cerdik pandai untuk cipta peralatan menggunakan kudrat yg ada spy boleh memakmurkan bumi ini. Allah swt jadikan manusia sbg khalifah di bumi. Maka, setiap benda…adalah ciptaan Allah swt. Kita hanya pengguna sahaja utk keperluan tertentu. Walaupn manusia buat kereta…kita tak boleh mengaku kita Tuhan / Allah sebab atom-atom atau asal besi-besi yang jadi kereta tu dicipta oleh Allah swt. Manusia hanya gunakan besi-besi tu untuk jadikan kepingan besi yg besar utk jadi kereta.

http://www.islamcenter.uz/

Macam mana pun kita tetap makhluk Allah swt. Allah swt tiada nyawa seperti benda hidup, Allah swt tak ada bentuk seperti yang kita nampak, Allah swt tidak perlu makanan macam makhluknya…Allah swt Maha Pencipta yg tak sama dgn ciptaannya. Jika kita nampak bentuk, boleh makan, minum, tidur dan lain-lain, bernyawa dan boleh hidup dan mati dan dilahirkan dan diciptakan…maka ia bukan Tuhan pasti bukan Allah swt.

Anak-anak saya buat muka faham tapi macam tak paham. Saya tak puas hati lagi & saya cakap lagi…

http://pakistan.onepakistan.com.pk/

TEORI PENSIL

Saya ; Ok, katalah Muhammad yg cipta pensil ni…boleh kan? Muhammad angguk.
Saya ; Boleh ke Muhammad jadi pensil ni ?
Muhammad : mana boleh Ummi…
Saya : boleh ke pensel ni jadi Muhammad?
Muhammad : tak boleh…
Saya : klu macam tu, boleh ke manusia bertukar bentuk jadi Tuhan?
Muhammad : mestilah tak boleh.
Bezanya pensil ciptaan manusia dan manusia tak boleh berikan roh kpd pensil untuk hidup.

Manusia ada roh yg Allah berikan utk hidup. Roh diberikan oleh Allah swt kpd semua benda hidup. Allah swt tak perlu roh kerana Allah swt wujud sebagai Maha Pencipta. Itu IMAN kita. Jika Tuhan perlukan roh, maka ia adalah ciptaan Tuhan seperti manusia…maka manusia bukan Tuhan.

www.shutterstock.com

Then selesai sesi usrah pendek dengan anak-anak pagi ni selepas subuh. Sebagai ibu, kita sendiri kena tahu bagaimana nak membentuk aqidah dalam hati anak-anak yang masih bersih.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Hairin Anisa Tajuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×