
GRAVITY FALLS – “Roadside Attraction”
Gravity Falls: Weirdmageddon!
Bermula 2 Julai, Sabtu, 11.30 pagi
Seludup masuk ke Gravity Falls pada bulan Julai ini bersama Disney Channel apabila kami mengakhiri dengan Episod Penghujung yang mendebarkan! Adakah Dipper, Mabel dan Grunkle Stan akhirnya mendapat tahu apakah rancangan induk Bill? Tontoni EPISOD BAHARU pada 2, 9 dan 16 July, pada 11:30 pagi, diikuti dengan siri keseluruhan dalam Maraton 24-jam Gravity Falls pada 30 July, 11 pagi,diakhiri dengan episod penghujung, “Weirdmageddon” pada 31 Julai jam 11 pagi!
Jangan terlepas siaran ringkas hari minggu yang menampilkan satu watak istimewa setiap minggu!
4 – 7 Julai, Isnin hingga Khamis, 6 petang: Dipper
11 – 14 Julai, Isnin hingga Khamis, 6 petang: Mabel
18 – 21 Julai, Isnin hingga Khamis, 6 petang: Gideon
25 – 28 Julai, Isnin hingga Khamis, 6 petang: Grunkle Stan
Dream Big, Princess
Dari 9 – 11 Julai, Sabtu hingga Isnin, 9 pagi
Berenang bersama Ariel dan Sebastian pada bulan Julai ini! Disney Channel akan memperkenalkan anak perempuannya, Melody, dalam The Little Mermaid II: Return to the Sea. Selepas itu, ikuti kisah di mana Ariel yang masih muda melawan perintah ayahnya dalam The Little Mermaid III: Ariel’s Beginning. Jangan lupa menonton “I Dream” pada 9 Julai pada 9 pagi, di mana seorang gadis Malaysia berkongsi idamannya dan bagaimana dia mempunyai impian besar!

“FRANKENWEENIE” (L-R) SPARKY and VICTOR.
Frankenweenie *SIARAN PERDANA*
17 Julai, Ahad, 9 pagi
Pernahkah anda bercita-cita menjadi saintis? Ikuti Victor Frankenstein dalam SIARAN PERDANA filem Frankenweenie, di mana beliau menggunakan kuasa elektrik untuk membangkitkan anjing kesayangannya yang telah maut. Tetapi bukan beliau seorang sahaja yang ingin menggunakan kuasa ini…

DESCENDANTS: WICKED WORLD – “Evie’s Explosion of Taste”
Minggu Hari Raya!
Dari 4 – 8 Julai, Isnin hingga Jumaat, bermula 9.30 pagi
Eid Mubarak! Nikmati filem berkembar setiap hari sepanjang minggu ini di Disney Channel! Bermula 10 pagi, tontoni Finding Nemo, Enchanted, Despicable Me, A Bug’s Life, Descendants, High School Musical, Monsters vs Aliens, Jumanji, Toy Story, dan 102 Dalmatians! Jangan terlepas episod istimewa Star Darlings, Mickey Mouse, TSUM TSUM, dan Wicked World, yang akan disiarkan sebelum siaran filem pada 9.30 pagi. Upin & Ipin turut menyertai keseronokan dengan episod musim cuti pada 12 tengahari, bermula 5 hingga 8 Julai!