Kerjaya

Graduan India & Bertudung Paling ‘Tak Laku’. Kajian Buktikan Sifat Rasis Majikan Swasta

1.6K
SHARES

Kajian terbaru oleh pusat penyelidikan swasta Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) menjadi viral gara-gara hasilnya yang menampakkan sikap ‘pilih bulu’ atau rasis di kalangan majikan.

Menurut kajian Racism in Recruitment: A Study On Racial Bias For Entry Level Jobs In Malaysia, graduan kaum India dan perempuan bertudung antara kumpulan yang paling tertindas dalam proses pengambilan pekerja bagi sektor swasta.

Kajian Menggunakan ‘Pelakon’ Yang Sama

Bagi menjayakan eksperimen tersebut, seorang lelaki dan perempuan telah diberi tugasan ‘berlakon’ sebagai tujuh individu lain yang mewakili jantina dan kumpulan kaum berbeza dalam resume mereka.

Mereka memang sengaja guna orang yang sama supaya tak timbul isu pemilihan atas faktor fizikal. Kalau korang tengok betul-betul, lelaki dan perempuan dalam gambar ini ialah orang yang sama tau!

Bukan setakat menggunakan pelakon yang sama, setiap calon yang dilakonkan ini juga direka resume mereka agar memiliki kelayakan akademik dan pengalaman bekerja yang setaraf dengan tuntutan kerjaya.

Bahkan, semua calon juga fasih berbahasa Mandarin tau. Jadi tak ada alasan lagi untuk untuk majikan yang selalu mengatakan mereka prefer calon yang boleh berbahasa Mandarin.

Dalam kajian itu, sebanyak 3,289 resume telah dihantar bermula Disember 2018 hingga Februari 2019 di mana setiap calon menghantar bilangan resume yang sama banyak.

Graduan India & Melayu Paling Kurang Dipanggil Temuduga

Hasil kaji selidik Cent-GPS itu mendapati bahawa individu yang paling kurang dipanggil temuduga ialah

  • lelaki India
  • lelaki Melayu
  • perempuan India
  • perempuan Melayu bertudung

Graduan Cina ‘Laku Keras’

Sementara itu, kajian mendapati pemohon kaum Cina paling banyak mendapat panggilan temuduga, di mana resume ‘Nicola Yeoh’ sangat laku sehingga dia dipanggil menghadiri temuduga sebanyak 240 kali manakala individu lelaki Cina bernama ‘Gabriel Liew’ pula dipanggil 179 kali temuduga daripada 547 permohonan yang dihantar.

Berbanding pemohon kaum India bernama ‘Thivakar’, dia perlu memohon sebanyak 28 kali untuk mendapat satu panggilan temuduga manakala ‘Nicola’ hanya perlu memohon 2 kali untuk mendapat satu temuduga.

Wah, banyak beza tu!

Wanita Bertudung Juga Tertindas

Apa yang mengecewakan, kajian Cent-GPS turut mendapati pemakaian tudung menjadi antara faktor graduan wanita tidak dipanggil untuk ditemuduga.

Buktinya, keputusan menunjukkan perempuan Melayu bertudung hanya mendapat 50 panggilan temuduga daripada 547 pemohonan berbanding perempuan Melayu tidak bertudung yang mendapat 70 panggilan temuduga.

Tak Sangka, Bukan?

Apa pun, diharapkan keputusan ini tidak dijadikan alasan buat kita untuk terus berusaha mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.

Sebaliknya, ia patut dilihat sebagai pembakar semangat untuk kita menjadi lebih berjaya agar dapat membantu golongan yang tertindas!

Bagi yang ingin membaca laporan penuh hasil kajian Cent GPS ini, anda boleh memuat turunnya di SINI.

*Rujukan:

centgps.com.my

 https://mobile.twitter.com/CentGPS/status/1103506079374237697?s=19

Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×