Inspirasi

Dimarah Sebab Suka Melukis, Kanak-Kanak Ini Akhirnya Dijemput Jadi Tukang ‘Doodle’ Kafe

35.8K
SHARES

Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan bakat yang berbeza-beza. Melukis merupakan antara salah satu bakat kanak-kanak dan juga aktiviti yang boleh mengekspreskan perasaan mereka. Seperti kanak-kanak lelaki ini yang meminati lukisan doodle dijemput untuk menghasilkan seni lukisannya di sebuah restoran di England.

SELALU KENA MARAH SEBAB SUKA MELUKIS

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun kerap dimarah cikgu kerana selalu melukis lukisan doodle di dalam kelas. Walau bagaimanapun, ibu dan bapa Joe terus menyokong minat anaknya itu dan disebabkan itu, mereka menghantarnya ke kelas melukis selepas tamat waktu persekolahan.

Menurut Greg, bapanya, Joe dan kembarnya, Jesse suka dan minat dalam seni doodle ini dan mereka di daftarkan masuk ke sekolah ketika mereka berumur 4 tahun.

DIJEMPUT UNTUK MELUKIS DI DINDING RESTORAN

Guru Joe mula suka dan sedar dengan bakat anak murid itu lalu kongsi hasil seni Joe di akaun instagram miliknya. Sejak dari itu, hasil lukisan doodle budak lelaki tersebut mendapat perhatian pemilik restoran ‘Number 4’ di Shrewsbury, England. Joe diminta untuk mencurah kreativitinya itu pada dinding restoran tersebut.

AMBIL MASA KURANG 12 JAM UNTUK SIAPKAN DOODLE

“Mereka ingin Joe gunakan dinding utama restoran mereka untuk hasil lukisan doodlenya. Saya juga telah memberitahu Joe dan dia sangat teruja dan menggunakan peluang sebaiknya” kata bapa Joe. Greg juga memberitahu Joe mengambil masa selama lebih kurang 12 jam untuk menyiapkan lukisan doodle pada dinding restoran itu. Joe kini dikenali sebagai ‘The Doodle Boy’.

Hebatnya adik ni!

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian Joe, tambah-tambah orang luar percaya dengan bakatnya dengan mengambil Joe untuk mencantikkan tempatnya.” tambah Greg lagi.

Sumber: The Doodle Boy 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×