Baru-baru ini, terdapat luahan seorang individu dikongsi personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya menerusi satu ciapan di Twitter mengundang sebak orang ramai. Kisah ini mendapat perhatian orang ramai kerana mungkin sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita namun tidak didedahkan.
Baca juga: Doktor Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan, Tak Payah Minum Ubat Batuk!
DIDERA SEJAK KECIL, BILA DAH DEWASA MAK ANGKAT PAKSA BELI RUMAH!
Menerusi luahan tersebut individu berkenaan dipercayai dilayan seperti ‘sampah’ oleh ibu angkatnya sendiri dan didera sejak kecil lagi.
Individu yang tidak didedahkan identitinya menceritakan dia ‘diambil’ berikutan ibu angkatnya tidak boleh mengandung bagaimanapun atas persuratan takdir insan ‘mulia’ ini mengandung selepas tujuh tahun.
Salam Alayk. Sejauh manakah terlayak untuk syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.
Dakwa individu ini lagi, sejak kecil dia menjadi mangsa pukul ibunya sendiri dan turut mendapat gelaran yang kurang menyenangkan.
Umur lima tahun saya dipukul guna dua hanger serentak sampai patah. Umur 7 tahun muka saya ditampar. Berdesing telinga saya. Semuanya sebab saya tanya soalan atau tersalah buat apa-apa.
Apa yang lebih mengejutkan apabila ibu angkatnya dikatakan memaksa dia membuat pinjaman peribadi bagi membeli sebuah rumah sebagai ganti rugi telah membesarkannya selama ini.
When i grow up kan. Memang dipanggil ‘babi’, saya ni anak haram, dan mak selalu cakap saya ni menyusahkan dan mintak saya mati.
Ibu kandung tak ada untuk membela saya dari kecil hingga hari ini. Ibu kandung begitu. Emak angkat pula begitu. Semoga Tuhan mengampunkan segala kepedihan saya yang tak terungkap.
“DIA AMBIL AWAK SEBAGAI HAMBA MODEN”
Menerusi ruangan komen, ramai yang turut terkesan dengan kisah ini dan memberi pelbagai jenis komen. Ramai yang memberitahu supaya mangsa mendapatkan bantuan yang sepatutnya kerana ini boleh dikategorikan sebagai ‘hamba moden’.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut meraih hampir 550 tanda retweet dan 1k tanda suka.
Sumber: Twitter @Ahmad Fedtri Yahya