Famili

“Dengan Produk Yang Betul, Kulit Sensitif Pun Boleh Glow!”- Jom Ikut 2 Langkah Dari Suu Balm Ni!

47
SHARES

Siapa kata orang kulit sensitif ni tak boleh ‘glow up’? Ha salah tu, jika guna produk yang betul, anda pun boleh jadi lebih confident dengan kulit yang berseri-seri dan glowing tau!

Bukan sahaja dengan produk yang betul tapi kena juga dengan cara yang betul. Baru lah menjadi!

Kali ni kami kongsikan satu produk yang best iaitu Suu Balm yang diformulasi dengan ejen penyejuk yang boleh buatkan kulit anda kurang iritasi dan lebih segar tau! Paling best, bahan-bahan yang digunakan di pilih sendiri oleh pakar!

Ada 2 langkah yang boleh anda ikut untuk dapatkan kulit yang lebih anjal dan lembap serta bebas iritasi!

  • Langkah pertama:

Pilih pembersih muka yang lembut seperti Suu Balm Gentle Moisturising Facial Cleanser.

Bila produk anda mempunyai bahan-bahan yang lebih lembut, anda umpanya sedang membelai kulit anda ketika mencuci. Suu Balm ni tidak mempunyai SLS, parabens dan juga pewangi.

Malahan ia juga mempunyai pH yang seimbang iaitu 5.5 serta lengkap dengan shea butter! Ha..shea butter ni kalau yang tak tahu sememangnya merupakan agen pelembap yang famous tau.

  • Langkah kedua: 

Lepas pencuci muka, mestilah anda kena pilih pelembap yang baik juga kan? Pakai satu set baru lah lengkap, mana boleh pakai satu je terus ok.

Pilih Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser ni! Kalau anda tergaru-garu tu,bila pakai pelembap ni terus je lega sebab ia mempunyai rapid itch relief dengan menthyl lactate! Ia juga tidak memedihkan mata.

Ia bukan sahaja melembapkan, malahan ia juga memperbaiki penghadang kulit dengan 5x ceramides!

Jangan risau, kulit anda takkan kemerah-merahan dan gatal sebab salah satu bahan yang ada didalam pelembap ini ialah Northern Truffle yang akan mengurangkan ketidakselesaan pada kulit anda.

Sesuai untuk bayi juga!

Kalau ia sebagus ini kepada kulit orang dewasa apatah lagi kepada kulit bayi kan?

Formulanya yang ringan, lembut dan cepat menyerap tanpa rasa melekit tu menjadikan ia produk yang sangat sesuai untuk semua lapisan umur termasuklah bayi!

Suu Balm juga sesuai bagi mereka yang ada masalah kulit muka kering ketika berpuasa!

Bila berpuasa, kita akan cenderung untuk minum kurang air. Sebelah siang akan berpuasa dan sebelah malam pula terlalu singkat untuk kita lengkapkan pengambilan air yang secukupnya untuk badan kita.

Jangan biarkan amalan berpuasa tu buat kulit anda jadi semakin kering!

Suu Balm Facial Cleanser dan Suu Balm Facial Moisturiser ni padat dengan bahan-bahan yang akan bantu kulit anda untuk kekal lembap, anjal serta kurang kegatalan ketika berpuasa.

Jangan risau sebab produk ini juga HALAL! Jadi dah tak perlu ragu-ragu dah dengan produk Suu Balm ni.

Anda boleh tengok sendiri testimoni dibawah ni!

Ramai yang dah cuba produk ni. Testimoni dibawah ni antara yang mengalami perubahan yang sangat ketara. Mana tahu lepas ni giliran anda pula untuk dapatkan kulit yang lebih sihat!

Bestkan? Tak sabar nak cuba juga. Akhirnya ada produk yang boleh bantu kulit iritasi yang ada cooling effect. Tak payah tergaru-garu lagi dah! 

Bahan yang digunakan dipilih oleh Dr Tey – Pakar Perunding Dermatologi dan Pakar Penyelidik dari National Skin Centre, Singapura

Selalunya anda tak tahu mana asal usul bahan-bahan yang ada dalam sesuatu produk tu dan tak pasti sejauh mana keberkesanan bahan-bahan tersebut betul tak?

Ha..bahan-bahan dalam produk Suu Balm ni dipilih sendiri oleh pakar tau iaitu Dr.Tey Hong Liang. Beliau juga merupakan Pakar Klinik Penyelidik dari National Skin Centre, Singapura!

Dari situ anda dah boleh tahu yang produk ini telah melalui proses penyelidikan yang begitu rapi sebelum ia dipasarkan.

Suu Balm dengan natural menthol bantu kurangkan kegatalan dan berikan cooling effect kepada kulit!

Salah satu bahan yang dipilih sendiri oleh Dr.Tey untuk Suu Balm adalah natural menthol! Sememangnya boleh bantu kurangkan kegatalan tanpa iritasi.

Antara bahan lain yang dipilih ialah Skin-Identical Ceramides yang akan bantu melembapkan dan memperbaiki penghadang kulit.

Kalau ada kulit yang bermasalah, ceramides ni boleh kenal pasti dan terus rawat kulit tersebut. Kedua-dua bahan ni akan melegakan kulit anda, jadi takda lah anda tergaru-garu dah lepas ni!

Kalau anda nak dapatkan produk Suu Balm ni boleh ke farmasi yang berdekatan anda hari ini!

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×