Famili

Daya Ketahanan Badan Anak-Anak Berkait Rapat Dengan Tumbesaran Mereka. Ini 4 Mitos Tentang Daya Tahan Badan!

10.4K
SHARES

Jangkitan atau penyakit kronik berulang merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu, daya ketahanan badan amatlah penting supaya tumbesaran anak-anak tidak terjejas

Penularan wabak yang sedang melanda negara ketika ini, pasti ibu bapa khuatir akan kesihatan anak-anak terutamanya yang masih kecil. Pelbagai langkah diambil bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Jadi, untuk mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah memantau setiap pemakanan atau kelakuan anak. Ibu bapa juga mesti membezakan di antara mitos dan fakta penjagaan daya ketahanan badan anak-anak supaya amalan yang betul diikuti.

Jom kita tengok dulu adakah ini mitos atau fakta yang betul bagi daya ketahanan  anak-anak anda?

1. Pengambilan vitamin atau suplemen SAHAJA boleh meningkatkan daya tahan badan

Multivitamin merupakan makanan tambahan yang merangkumi pelbagai jenis khasiat dalam satu pil. Pemberian multivitamin setiap hari mungkin merupakan amalan biasa keramaian ibubapa dengan harapan agar anak-anak mereka mempunyai daya ketahanan yang kuat. 

Walau bagaimana pun, kesihatan dan daya ketahanan badan seseorang tidak bergantung sahaja kepada supplemen, anak-anak anda juga seharusnya perlu mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan juga berkhasiat supaya mereka dapat nutrien yang semulajadi daripada makanan dengan secukupnya untuk membesar dengan baik.

2. Stres tidak melemahkan sistem daya tahan badan

Stres boleh dialami oleh sesiapa sahaja, mulai dari kanak-kanak sampai orang tua. Sedikit stress mungkin tidak mengapa, untuk memberikan sedikit motivasi untuk terus bekerja lebih baik. Tetapi haruslah berhati-hati apabila mengalami stres berpanjangan dan tidak dikawal baik.

Apabila stres, badan akan menghasilkan lebih banyak hormon kortisol. Apabila hormon kortisol yang tinggi dalam badan untuk tempoh yang lama, keradangan boleh berlaku. Pada masa yang sama, hormon stres juga boleh menyebabkan bilangan sel darah putih yang bekerja melawan jangkitan berkurang.i

Semakin kurang sel darah putih, semakin tinggi risiko untuk mendapat jangkitan bakteria dan virus. Kesihatan dan sistem tahan daya badan anak anda juga mungkin terjejas.

3. Kurang tidur tidak memberi kesan kepada daya tahan badan 

Tidur mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sistem daya tahan badan. Untuk pengetahuan anda, semasa tidur, sistem daya tahan badan akan merembeskan protein sitokin untuk membantu tidur dan sesetengah protein sitokin ini penting apabila berlakunya jangkitan dan keradangan. Oleh itu, jumlah tidur itu penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik.ii

Apabila anak anda kurang tidur, badan mereka masih lagi mempunyai hormon stres dan keradangan yang tinggi dan menganggu antibodi dan sel T untuk bekerja dengan lebih efisien. Tugas Sel T termasuklah memusnahkan sel-sel yang dijangkiti virus.

Jadi sebaiknya dapatkan 7-9 jam tidur sehari untuk dewasa, dan kanak-kanak bersekolah perlukan 9-11 jam tidur sehari.

4. Kanak-kanak tidak perlu melakukan senaman

Individu yang kurang bersenam lebih mudah untuk jatuh sakit berbanding individu yang kerap bersenam.  Apabila bersenam, feel-good hormone, seperti endorfin akan dihasilkan, meningkatkan aliran darah dan mengurangkan stres.iii

Senaman yang kerap boleh menyubangkan kepada peningkatan sistem daya tahan badan.iv Justeru itu, membantu melawan jangkitan agar tumbesaran anak tidak terjejas.

Jadi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersenam bersama anak-anak!

Nak tahu apakah lagi yang boleh dibuat oleh ibubapa untuk menyokong tumbesaran anak-anak? 

Susu merupakan sebahagian daripada pemakanan kanak-kanak. Hasil carian kami, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf antara yang paling berbaloi kerana ia diperbuat dengan susu dari New Zealand, dipekkan di Malaysia dan disahkan Halal oleh JAKIM.

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf hadir dalam 2 formulasi khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan 4-6 tahun.

Susu Tepung Rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf ini membekalkan protein tenusu iaitu sumber protein berkualiti tinggi. Protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino (essential amino acid) yang diperlukan oleh badan untuk membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan kita.

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf ini mengandungi nutrisi penting, termasuk 5x DHA (berbanding dengan kandungan dalam rumusan sebelum ini) dan Nutricare™. Adalah penting untuk ibu bapa menyokong perkembangan dan tumbesaran si manja anda. 

Ini antara nutrien penting yang terdapat dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak :

  • Protein tinggi – Penting untuk tumbesaran dan perkembangan
  • Kalsium tinggi – Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • Vitamin A Tinggi – Penting untuk fungsi mata
  • Vitamin C Tinggi – Menyumbang bagi penyerapan zat besi daripada makanan
  • Vitamin E Tinggi – Melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan
  • Selenium & Kuprum – Nutrien-nutrien penting dalam diet harian yang seimbang
  • Zink – Penting untuk pertumbuhan
  • Zat Besi – Adalah faktor dalam pembentukan sel darah merah

Lebih menarik, ia terdapat dalam variasi biasa yang tiada sukrosa tambahan,  variasi berperisa Madu dan Coklat untuk kanak-kanak yang menyukai rasa selain daripada susu biasa. 

Jadi, tak perlulah anda runsing lagi. Fernleaf kan ada! Mudah untuk dinikmati dan paling penting kandungan proteinnya tinggi yang membekalkan protein berkualiti tinggi.

Ingat ya, protein tenusu penting untuk membantu membina dan membaiki tisu badan. Adalah penting bagi ibu bapa memastikan tumbesaran si manja tidak terjejas. 

Rujukan

(i) Herbert TB. 1994. Stress and the immune system. https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/326983/WH-1994-Mar-Apr-p4-5-eng.pdf

(ii) Olson EJ (2018). Lack of sleep: can it make you sick? Mayo Clinic. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/insomnia/expert-answers/lack-of-sleep/faq-20057757

(iii) WebMD What Are the Psychological Benefits of Exercise. https://www.webmd.com/depression/guide/exercise-depression#1

(iv) Harvard Health Publishing (2020). How to boost your immune system. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/how-to-boost-your-immune-system

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×