Kini Trending

Dari Budak Pasar, Kini Berjaya Buka Kilang Sendiri! Pengasas Muda Ini Kongsi Kisah Perniagaan Mencecah 8 Juta!

10.5K
SHARES

Untuk membina perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Hakikatnya, jika tidak mahu mencuba atau berani menempuh cabaran, belum pasti kejayaan akan dikecapi. Begitu juga dengan kisah seorang pengasas muda ini.

Beliau telah menjalanlan perniagaannya dengan hanya menjual Popcorn dan mampu menghasilkan jualan sehingga mencecah 7 angka. Hebat kan? Ini antara kisah inspirasi yang anda patut contohi…

Bermula dengan mengopek bawang di pasar

Dikenali sebagai Tuan Shazarul Ismail, pengasas Eng’s Popcorn, dahulunya seorang budak pasar yang bekerja dengan bapa saudara dengan gaji hanya RM900 sahaja. Tugas beliau di pasar tersebut hanya mengupas bawang seawal subuh dan selepas itu uruskan kedai demi membantu keluarga selepas pemergian arwah bapanya.

Shazarul dibesarkan dari keluarga yang sederhana dan pada ketika itu, beliau berasa terkilan kerana tidak dapat capai apa yang beliau mahukan termasuklah melanjutkan pelajaran dan juga membantu keluarganya.

Ubah nasib dengan menjual popcorn

Dengan jumlah pendapatan yang Shazarul peroleh pada masa itu memang tak cukup! Yelah.. sekarang nak buat apa pun mesti kena ada duit. Jadi, bermula dari situ, Shazarul dah mula cari jalan untuk mengubah nasib kehidupan beliau.

Suatu hari, beliau ternampak mesin popcorn milik kakaknya. Pada awalnya, beliau cuba untuk membuat popcorn tersebut untuk dimakan sendiri saja, tetapi lain pula jadinya apabila popcorn yang dihasilkan itu ternyata sedap.

Sehinggakan jiran-jiran nya pun suka dek baunya yang juga wangi. Sambutan pun memang agak meriah dan menggalakkan. Dari situlah beliau mula mendapat idea untuk berniaga popcorn tersebut.

Setelah itu, pada tahun 2018,  kakak Shazarul telah mengajaknya menyertai program Richworks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

Dari niat hendak menemani tetapi dapat kesan besar apabila IMKK berjaya buang semua perasaan negatif dalam diri dan antara point penting yang beliau dapat adalah menjaga hubungan dengan Pencipta dan mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Asal usul nama Eng’s Popcorn

Untuk anda yang tertanya-tanya mengenai asal usul nama Eng’s Popcorn, ia sebenarnya berasal dari moyang Shazarul yang berasal dari keturunan cina yang tak mahir dengan sebutan nama arwah bapanya Ismail dan hanya menyebut Engs.

Ha..walaupun produk ini namanya Eng’s Popcorn, tetapi ia merupakan 100% milik bumiputera. Jadi, anda tak perlu risau sebab ianya dijamin halal tau!

Mampu membuka kilang & berkongsi rezeki dengan lebih 50 orang staff

Siapa sangka, dahulu seorang penjual di pasar, kini Shazarul melebarkan sayapnya pada usia yang muda dan berjaya berkongsi rezeki dengan lebih 50 orang staf dan yang paling membanggakan, beliau berjaya buka sebuah kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor.

Setelah berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarganya, hasil usaha yang beliau dapat hari ini sangat berbaloi dengan pengorbanan yang beliau lakukan. Hebat kan?

Anda pun boleh dapat manfaat dari Engs Popcorn ini

Dalam pada itu, Shazarul ingin membantu anda untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen Eng’s Popcorn ni. Anda tak perlu risau, Eng’s Popcorn ini dimasak segar setiap hari dan apa yang diterima adalah stok baru. Anda pun tak perlu nak simpan stok lama-lama kerana demand untuk popcorn ini sentiasa ada dan semakin bertambah.

Produknya juga sangat menarik minat pembeli kerana popcorn ini disalut penuh dengan karamel. Ia juga dihasilkan original tanpa sebarang pewarna tambahan dan mempunyai pelbagai perisa tau! Memang  sedap dan tak rugi untuk orang cuba.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Eng’s Popcorn, boleh lah klik mana-mana link dibawah ini ya:

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×