Kecoh di laman media sosial dan media arus perdana sebelum ini apabila isu kewarganegaraan anak-anak dibangkitkan. Hal ini mencetus kemarahan ramai apabila si ayah yang berkahwin dengan wanita warganegara lain dan mempunyai anak dilahirkan di luar negara sahaja yang berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia, tetapi bukan apabila si ibu warganegara berkahwin dan melahirkan dengan lelaki warganegara lain di luar negara. Macam tak adil bukan?
Baca juga: Kasut Getah Anak Besar? Ikut Tips Ini Untuk Kecutkan & Boleh Terus Pakai!
“WANITA JUGA ADA HAK”
Isu ini walaupun telah ditetapkan namun masih dibahas oleh menteri dan salah seorangnya adalah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau membahaskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara dan tidak layak mendapat kerakyatan adalah tidak adil.
Hal ini kerana, dalam Islam juga wanita boleh bersuara untuk menuntut haknya begitu juga dalam isu mempertahankan kerakyatan anak-anak. Bukan itu sahaja, isu ini juga akan menjadi ‘model negatif’ dalam pembangunan modal insan.
Sama-sama kita nantikan keputusan ini sama ada akan ada perubahan ataupun hanya begitu sahaja…
Sumber: Twitter @drzul_albakri