Famili

Dapat 3 Juta Tontonan, Ibu Ini Berjaya Lepas Level 10 Ribu Candy Crush!

942
SHARES

Salah satu permainan atau game yang pernah menjadi fenomena adalah Candy Crush yang telah dilancarkan sejak lapan tahun yang lalu. Walaupun timbulnya pelbagai permainan yang lebih menarik, Candy Crush sebenarnya masih lagi menjadi perhatian sehingga kini, bukan saja dalam kalangan kanak-kanak tetapi warga emas juga. Memang wajib ada dalam setiap telefon pintar mak-mak, permainan ini sangat memcabar minda apabila anda harus melepasi tahap-tahap seterusnya.

Begitu juga dengan perkongsian di Tiktok ini apabila ibunya berjaya melepasi halangan ke 10,000 iaitu yang terakhir! Memang hebat!

Baca juga: Anak Minta Jual Lukisan Depan Rumah Harga RM 1, Rupanya Ada Orang Beli!

IBU SELESAI CABARAN TAHAP KE 10 RIBU CANDY CRUSH

Manakan tidak, permainan itu mempunyai sehingga 10,000 tahap yang perlu dihabiskan oleh setiap pemain. Hanya orang tertentu yang betul-betul minat dan obses saja yang mungkin dapat menghabiskan semua tahap tersebut.

Namun, bayangkan perasaan teruja dan puas yang dirasai apabila dapat melalui semua tahap tersebut. Segala kegigihan dan masa yang diluangkan akhirnya berbaloi. Mungkin itulah yang dirasai oleh wanita ini yang telah berjaya menghabiskan kesemua tahap Candy Crush itu. Detik-detik ketika dia meraikan ‘pencapaian’ tersebut telah dirakam dan dimuatnaik oleh anaknya di TikTok.

@aimeemanbrb off to get mum a medal ##candycrush ##CinderellaMovie ##momsoftiktok ##mum♬ Spongebob – Dante9k

Menerusi video itu, @aimeeman mengatakan bahawa ibunya telah bermain permainan itu sejak sekian lama dan baru-baru ini telah berjaya menghabiskan kesemua tahap. Ibunya kelihatan teruja setelah mendapat notifikasi penghargaan daripada permainan tersebut yang tertera ‘World Best Crusher’! Memang hebat.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 3.7 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen juga, ramai yang berkongsikan rasa gembira kerana perkara itu bukan mudah. Ada juga yang mengatakan bahawa pihak permainan Candy Crush patut memberi hadiah kepada wanita tersebut.

Sumber: Tiktok @aimeeman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×