Famili

Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Sebenarnya Untuk Siapa? Ini Yang Anda Perlu Tahu

559
SHARES

Sebagai generasi masa depan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak anda semua mengumpul dana untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan ini. Siapa lagi nak bantu jadikan kehidupan mereka lebih ceria, kalau bukan kita?

Sumbangan untuk kanak-kanak memerlukan

Sejak ditubuhkan pada tahun 1990, sudah lebih 30 tahun Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Mudah je nak hulurkan bantuan kepada mereka, adakah anda perasan setiap kali pergi McDonald’s, pasti ada satu tabung merah di sebelah kaunter pembayaran? Boleh dikatakan, setiap restoran McDonald’s pasti ada tabung merah ni. Melalui tabung inilah RMHC Malaysia bantu kanak-kanak ini semua.

Ramai keluarga kurang berkemampuan gembira dengan bantuan dihulurkan

RMHC Malaysia mempunyai empat program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan Program Pek Kembali ke Sekolah.

Supaya anda tahu tentang program yang ada, kami mahu mengajak anda lihat di bawah.

Rumah Ronald McDonald

Bayangkan jika anak anda sakit, harus dirawat di hospital dalam tempoh lama. Tapi anda tidak mampu sewa hotel untuk teman anak di hospital. Sudahlah rumah pula jauh, kena fikir belanja hospital, duit minyak, duit makan dan pelbagai lagi duit belanja. Mungkin ada antara kita terpaksa lupakan hasrat untuk dapatkan rawatan buat anak anda kan? Kita tidak boleh biarkan situasi seperti ini berlaku.

Sebab itu terbinanya Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras dan Hospital USM, Kelantan. Beban keluarga yang kurang berkemampuan dapat dikurangkan. Mereka boleh tinggal di Rumah Ronald McDonald sementara anak mereka dapatkan rawatan di hospital. Jika mereka mahu tengok anak mereka di wad juga mudah.

Bilik Sensori Ronald McDonald

Buat keluarga yang mempunyai anak istimewa, anda patut membawa mereka masuk Bilik Sensori Ronald McDonald ni. Bilik ini dilengkapi dengan peralatan multi deria dan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau kanak-kanak istimewa.

Buat pengetahuan anda, terdapat 35 buah bilik sensori di seluruh Malaysia. Kanak-kanak yang pernah masuk bilik ini cukup seronok. Suasana bilik ini pun cukup tenang dan selesa dan mereka boleh belajar dengan cara mereka yang tersendiri.

Gift of Smile

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing tidak minta dilahirkan sebegitu rupa. Ada keluarga yang mahu dapatkan rawatan tapi duit tidak mencukupi. Apakah hadiah istimewa yang perlu diberikan kepada mereka?

Program Gift of Smile adalah hadiah yang terbaik! Buat keluarga yang kurang berkemampuan, kos pembedahan dan rawatan untuk anak-anak mereka yang mengalami sumbing bibir dan lelangit dibiayai sepenuhnya dalam program ini. Ramai kanak-kanak dapat senyum dengan manis sekali!

Pek Kembali Ke Sekolah

Baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg baru, semuanya anda dapat setiap kali melangkah ke sekolah. Kami yakin anda pernah lihat rakan sekelas yang masih memakai baju atau barang sekolah yang lusuh dan lama. Kasihan bukan?

Oleh itu, Pek Kembali Ke Sekolah menaikkan semangat ramai kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk ke sekolah. Kanak-kanak ini dapat barang sekolah baru seperti beg dan alat tulis. Seronoklah mereka mahu ke sekolah selepas ini!

Semua program ini betul-betul menyentuh hati dan meringankan beban banyak keluarga. RMHC Malaysia dah bantu lebih 80,000 kanak-kanak di Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu, dengan pembiayaan lebih RM30 juta.

Sumbangan hasil usaha orang ramai dan rakan korporat!

Semestinya bantuan yang dihulurkan RMHC Malaysia adalah atas hasil sumbangan ikhlas korang sebagai pelanggan McDonald’s yang bermurah hari menderma ke tabung dan Kiosk Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s. Tajaan dan sumbangan dari rakan korporat juga tidak dilupakan. Terima kasih semua!

Penaja utama AJL35, McDonald’s menyeru anda sahut Kempen Baik Semula dan RHMC

Bagi anda yang sudah menonton AJL35 pasti tahu yang McDonald’s jadi penaja utama mereka bukan? Semasa Backstage AJL35 yang dihoskan oleh Hefny Sahad dan Neeta Manisha, Siti Nordiana juga dijemput untuk ditemu ramah berkenaan Kempen Baik Semula bersama RMHC.

Siti Nordiana, salah seorang penyanyi lagu Baik Semula berkata, Kempen Baik Semula dan RMHC merupakan satu kolaborasi yang cukup baik dan unik. Sambil-sambil berjuang menentang Covid-19, kita tidak lupa membantu golongan yang memerlukan.

Kempen Baik Semula akan diteruskan sehingga akhir bulan Mei ini. Oleh itu, McDonald’s mahu mengajak anda untuk terus hulurkan sumbangan ikhlas ke tabung RMHC Malaysia sempena Kempen Baik Semula.

Anda boleh memberi sumbangan melalui pemindahan wang ke akaun Maybank RMHC Malaysia atau imbas QR kod Touchn’Go dan Boost. Boleh rujuk gambar di atas. Selain itu, anda juga boleh menderma kepada tabung dan Kiosk Layan Diri di McDonald’s.

Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s, RMHC Malaysia akan menggunakan dana yang berjaya dikumpulkan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Usaha murni oleh RMHC Malaysia ini patut disokong!

Akhir kata, mari kita bersama-sama membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan. Selamat menderma semua!

Untuk info lebih lanjut, klik sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×