Anak adalah kurniaan Tuhan kepada kita sebagai salah satu rezeki yang tidak semua orang akan dapat. Malah ada yang tunggu bertahun-tahun untuk mendapat cahaya mata namun masih tiada. Jadi, sudah pasti anda sebagai ibu bapa tidak akan sanggup mencederakan atau menyusahkan amanah yang telah dikurniakan Tuhan ini bukan?
Satu kejadian mengejutkan berlaku Pekanbaru, Riau, Indonesia apabila seorang lelaki telah bertindak nekad mengelar leher anak lelakinya yang baru berusia lima tahun.
Baca juga: Bapa Kelar Anak Gara-Gara Bergaduh Ubah Siaran TV
DAKWA DENGAR BISIKAN, KELAR ANAK USIA 5 TAHUN
Memetik laporan Detik News, lelaki berusia 32 tahun itu pada awalnya sedang santai menonton televisyen bersama isteri dan anaknya, dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, dia tiba-tiba bertindak ganas dan mengambil senjata tajam di dapur lalu segera mengelar anaknya.
“Suspek dan isterinya pada awalnya berada di dalam bilik. Tidak lama kemudian, suspek tiba-tiba keluar dari bilik.
“Mangsa mengalami luka kesan senjata tajam di leher. Isterinya yang melihat kejadian itu terus menjerit meminta pertolongan dari penduduk,” kata Ketua Polis Rumbai, AKP Linter Sialoho.
Sementara itu, mangsa telah pun dibawa ke Hospital Bhayangkara di Pekanbaru untuk menerima rawatan dan keadaannya dikatakan beransur pulih.
Manakala, suspek telah ditahan oleh penduduk kampung dan menjalani siasatan di balai polis.
Berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan, pelaku dikatakan nekad mengelar leher anaknya dengan alasan bahawa dia mendengar bisikan mengatakan untuk mengorbankan anaknya itu.
“Dia mengaku dapat bisikan, jadi harus ada yang perlu dikorbankan iaitu sama ada dirinya atau anaknya. Pelaku memilih anaknya untuk dikorbankan.
“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah, jadi kami mengesyaki bahawa dia berhalusinasi kerana dadah,” katanya.
Sumber: DetikNews