Rakyat

Bapa Kelar Anak Gara-Gara Bergaduh Ubah Siaran TV

13
SHARES

Pertengkaran antara ibu bapa dan anak-anak sudah menjadi perkara biasa yang berlaku. Namun, pertengkaran tersebut akan diselesaikan dengan baik dan berdamai seperti sedia kala. Namun, satu kejadian mengejutkan di Hulu Selangor apabila pertengkaran akibat mengubah saluran televisyen bertukar tragedi apabila seorang bapa mengelar anak kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam.

Baca juga: Elak Pasang Car Seat Di Kerusi Depan, Risiko Impak Teruk!

KELAR ANAK KERANA BERGADUH UBAH SIARAN TV

Pisau yang dipercayai digunakan suspek.- Foto: Harian Metro

Kejadian selepas pertengkaran antara suspek yang juga warga emas berusia 71 tahun dan mangsa berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pada mulanya, pihaknya menerima laporan pada 12.55 tengah hari daripada suspek berhubung penemuan anaknya yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, suspek sebelum itu pergi ke sebuah kedai di Taman Bernam Jaya, pada 12 tengah hari, turut memaklumkan leher anaknya luka selain darah keluar dari kepala.

Menurut laporan, suspek memaklumkan kepada jiran supaya menghubungi pihak polis. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar yang dalam. Bukan itu sahaja, siasatan juga mendapati bahawa ia bukan bunuh diri dan dilakukan oleh pihak ketiga.

“Suspek menyatakan pada waktu pagi hari sama, dia dan anaknya bertengkar berpunca mangsa mengubah saluran televisyen.”

Menurut laporan Harian Metro berdasarkan keterangan, suspek kemudian menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai. Dia kemudian mengambil pisau di dapur dan mangsa bergelut dengannya sehingga mangsa ditoreh di leher sebanyak tiga kali.

Polis berjaya merampas pisau yang digunakan lelaki itu untuk mengelar mangsa susulan serbuan pihaknya di rumah suspek, selain baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan reman. Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×