Percutian

Dah Boleh Cuti-Cuti Malaysia, Ini 5 Checklist Penting Sebelum Pergi Bercuti

11
SHARES

Setiap orang pastinya mengimpikan sebuah percutian yang menarik. Lebih-lebih lagi apabila dengan perintah kawalan yang selama ini berlangsung selama 3 bulan tanpa kita boleh bergerak ke mana-mana. Pasti anda inginkan percutian yang boleh tenangkan fikiran dan hilangkan stress.

Dengan pengemuman dah boleh rentas negeri bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos ini, pasti ramai yang berlumba-lumba ingin pergi bercuti. Tetapi sebelum bercuti, apa yang paling penting ialah sebuah percutian itu perlulah dirancang dengan betul supaya selaras dengan bajet yang ingin dikeluarkan. Baru dapat bercuti dengan tenang dan aman.

Mari kita lihat 5 perkara penting yang perlu anda semak sebelum pergi bercuti.

5 Perkara Penting Sebelum Bercuti

1. Destinasi Untuk Bercuti

Ini adalah perkara paling penting yang anda perlu tahu sebelum pergi bercuti. Dengan adanya destinasi yang ingin anda tuju pasti anda boleh merancang segalanya seperti aktiviti yang ingin dilakukan di sana dan juga bajet perbelanjaan yang akan anda belanjakan di sana.

Jika anda mempunyai bajet yang seminima mungkin, tidak salah untuk anda memilih pergi bercuti ke tempat seperti air terjun ataupun pulau-pulau yang berdekatan dengan negeri anda. Sesiapa yang gemarkan waterpark pasti air terjun atau pulau boleh dijadikan destinasi gantian kerana semua sedia maklum yang waterpark masih ditutup untuk awam.

2. Buat Tempahan Awal

Ini juga merupakan rancangan yang paling penting juga. Dengan membuat tempahan awal seperti tempat penginapan atau pengangkutan yang ingin digunakan di destinasi tersebut, anda pasti dapat berjimat lebih kerana dengan ini pastinya anda akan mendapat harga yang lebih murah daripada biasa.

Bagi mereka yang selalu pergi bercuti pasti anda tahu bagaimana rate harga ditentukan berdasarkan tarikh atau waktu yang ingin anda tuju. Kebiasaannya jika anda membuat tempahan lewat pasti harga akan lebih tinggi.

3. Senarai Aktiviti Dan Itinerari

Bagi melancarkan percutian anda, tentatif dan itinerari ini adalah perkara penting yang anda perlu siapkan sebelum memulakan percutian anda. Ini akan memudahkan perjalanan anda dan melancarkan segalan rancangan anda.

Selain itu, dengan adanya perintah kawalan ini, anda juga boleh senaraikan awal-awal tempat apa yang boleh dilawati, aktiviti apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan. Ini akan lebih memudahkan anda. Selain menggunakan agensi pelancongan, merancang sendiri perjalanan pun akan menjadikan masa kita lebih fleksibel.

4. Senarai Barang Keperluan

Sebaik mungkin anda boleh menyediakan senarai semak 2 minggu sebelum anda pergi bercuti. Ini penting kerana supaya membuatkan anda tidak tertinggal segala barangan keperluan dan barangan penting yang harus anda bawa bersama ketika pergi bercuti. Perkara ini juga dapat menjimatkan anda dari membazir ketika sampai ke destinasi.

Apa sahaja barang yang anda rasa perlu dibawa dan penting, anda catatlah awala-awal kerana jika anda melengahkan masa pasti akan ada sahaja barang yang akan tertinggal. Juga jangan lupa untuk bawa ubat-ubatan yang perlu. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi ketika sedang bercuti kan.

5. Duit Perbelanjaan

Pasti setiap percutian memerlukan duit perbelanjaan yang agak banyak. Jika anda sudah mempunyai rancangan hendak ke mana, perlulah anda menabung dari awal. Ini bagi mengelakkan anda kekurangan duit perbelanjaan ketika bercuti.

Anda perlulah mengambil kira semua kos termasuk kos penginapan, pengangkutan, kos makanan, cenderamata dan juga bajet penting adalah untuk kos kecemasan. Jika anda merancang untuk pergi ke tempat yang menjadi perhatian pengunjung, pastikan anda sudah mengenalpasti lokasi lokasi di sana.

Selain itu, anda juga boleh bertanya dengan penduduk tempatan bagi mendapatkan informasi lebih berkenaan tempat tersebut. Di internet pasti menjanjikan perkara-perkara manis sahaja.

Most Popular

To Top
×