Sihat

Patutlah Asyik ‘Burn Out’ Di Tempat Kerja, Rupanya Terlupa 7 Jenis Rehat Ini…

30
SHARES
CUTI REHAT

“Kenapa lemau sangat padahal dah ambil cuti rehat…”

Sesetengah orang membuat keputusan untuk mengambil cuti rehat kerana penat bekerja dan ingin bercuti. Namun diri masih tetap lemau apabila pulang bercuti.

Hal ini mungkin disebabkan diri anda memerlukan rehat jenis lain seperti perkongsian artikel di bawah. Cuti rehat sahaja tidak mencukupi!

Baca juga: Jangan Biarkan Telur Mata Lebih 4 Jam Lepas Masak, Elak Jadi ‘Tempat’ Bakteria!

CUTI REHAT DAH AMBIL TAPI TETAP LEMAU, INI SEBABNYA

CUTI REHAT

1. Rehat fizikal

Rehat fizikal bermaksud anda melakukan aktiviti yang boleh merehatkan tubuh badan. Antaranya adalah tidur dan melakukann senaman seperti yoga.

2. Rehat rohani

Sekiranya cuti rehat masih tidak mampu mengembalikan tenaga, ini bermakna anda perlukan rehat rohani di mana boleh melakukan aktiviti seperti jalan selama 30 minit di taman.

Selain itu, anda juga boleh memasuki sebarang program sukarela untuk memenuhi aktiviti rehat rohani ini.

3. Rehat deria

Selanjutnya adalah rehat deria yang bermaksud berehat dari rangsangan audio dan visual secara berterusan. Caranya adalah dengan tidak bermain telefon sebelum tidur.

4. Rehat emosi

Seterusnya, rehat emosi diperlukan jika anda rasa cuti rehat tersebut tidak mencukupi. Keluar dan bertemu kawan untuk bersembang agar diri rasa lebih tenang.

5. Rehat mental

Rehat mental bermaksud melakukan aktiviti yang memberi peluang kepada anda untuk berfikir. Antaranya adalah menulis agar minda dapat berfikir.

6. Rehat sosial

Rehat sosial diperlukan sekiranya cuti rehat tidak mampu memberi ketenangan. Beri masa untuk bersendirian atau bersama orang yang memberi anda tenaga seperti rakan baik atau ahli keluarga.

7. Rehat kreatif

Akhir sekali adalah anda memerlukan rehat kreatif yang membawa makna melakukan aktiviti berkaitan kreativiti seperti melawat muzium dan mencari hobi baharu.

Kesimpulannya, jangan abaikan 7 jenis rehat sekiranya anda sentiasa penat atau ‘burn out’ di tempat kerja.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua dan selamat bercuti!

Baca juga: Ini Cara Kira BMI Badan, Jangan Biarkan Sampai Terlajak Obesiti!

Sumber: Aplikasi X Arinah Zainordin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×