Famili

Cuka Epal Bantu Atasi Masalah Kesuburan Lelaki & Wanita. Wajib Amalkan!

180
SHARES

“Dah pergi jumpa doktor, dah makan ubat, tapi tak mengandung jugak.. Apa lagi nak buat ni…

Tidak semua pasangan yang berkahwin ‘mudah’ mendapatkan cahaya mata. Ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, ada juga yang menjalani rawatan berbulan-bulan barulah disahkan hamil.

Orang tua-tua kata, kalau masih belum ada anak maksudnya belum ada ‘rezeki’ lagi. Tapi, walaupun masih belum ada rezeki, anda seharusnya berusaha ‘membuka’ jalan untuk mendapatkan zuriat. Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wanita itu lambat hamil contohnya  masalah PCOS (Sindrom Polisistik Ovari), kuantiti sperma yang rendah, fibroid, tiup fallopian tersumbat dan masalah ketidakseimbangan hormon.

Kesuburan Lelaki vs Wanita

Foto: Nakita.ID

Wanita yang sihat biasanya mempunyai 20% peluang untuk hamil mengikut kitaran. Secara amnya, wanita paling subur pada umur 23 hingga 31 tahun dan tahap kesuburan mereka akan mula turun secara perlahan selepas itu.

Sebab itulah wanita disarankan untuk hamil sebelum usianya mencecah 40 tahun untuk mengelakkan risiko tertentu. Lain pula bagi golongan lelaki, kesuburan mereka akan mula berkurang selepas umurnya mencecah 40 tahun.

Pada zaman serba moden ini, memang banyak kaedah untuk merawat masalah kesuburan yang boleh meningkatkan peluang seseorang wanita untuk hamil. Daripada ubat-ubatan berbentuk pil, suntikan sehinggalah kaedah teknologi seperti IUI dan IVF.

Tapi, pada anda yang dah cuba semua kaedah untuk cepat hamil tapi masih lagi gagal. Jangan gusar, anda boleh cuba amalkan pengambilan cuka epal yang boleh membantu memulihkan masalah kesuburan si isteri mahupun suami.

Bagaimana Cuka Epal Membantu Atasi Kesuburan Wanita & Lelaki?

Pasti anda tidak percaya, cuka epal dapat bantu tingkatkan kesuburan kan? Bukan sahaja sebagai bahan dalam masakan, cuka epal ini mempunyai pelbagai khasiat. Secara ringkas, cuka epal diperbuat daripada proses penapaian Apfelmost (buah epal). Ia kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus dan juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Jadi, ini fungsi cuka epal dalam membantu meningkatkan kesuburan:

Membantu dalam proses ‘pengangkutan’ sperma

Foto: Hello Sehat

Kandungan malic asid yang terdapat dalam cuka epal dapat membantu menyuburkan serta menguatkan kualiti sperma sekaligus memudahkan proses pengangkutan sperma dengan dengan lebih teratur.

Membantu mengawal tahap pH

Foto: Online Medicine

Cuka epal merupakan ‘antibiotik’ yang baik dihasilkan secara semulajadi dan organik. Ia boleh membantu mengimbangi tahap pH dalam vagina anda, lagi-lagi pada mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Membantu merawat masalah prostat

Foto: Liputan6

Untuk pengetahuan anda, kelenjar prostat bertindak merembeskan cecair yang melindungi dan memelihara sperma. Kebanyakan lelaki yang mencapai umur selepas 40 tahun akan cenderung mengalami masalah prostat seperti pembesaran kelenjar prostat. Namun, dengan pengambilan cuka epal telah terbukti mempunyai kesan positif dalam merawat masalah prostat ini.

Membantu menurunkan tahap testosterone

Foto: Journal Health

Testosterone merupakan ‘hormon’ lelaki dan wanita. Lebihan hormon yang berlebihan membolehkan ketidaksuburan dan ketidakseimbangan hormon berlaku. Pengambilan cuka epal secara tidak langsung menurunkan testosterone yang tinggi dalam badan.

Meningkatkan kualiti sperma

Foto: Ilyasharia.blogspot.com

Pengabilan cuka epal juga dapat membantu meningkatkan kualiti sperma. Bukan itu saja, ia juga membantu menambahkan jumlah air mani, kiraan sperma sekaligus menyuburkan kelenjar prostat.

Cara Pengambilan Cuka Epal Yang Betul

1. Ambil segelas air panas.

2. Tambahkan 2 sudu teh cuka epal ke dalamnya. Kacaukan.

3. Boleh diminum apabila suam ketika perut anda masih kosong. Sebaiknya pada waktu pagi, sebelum tidur dan pada waktu malam.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Parenting Firstcry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×