Dapur

Cuba 6 Langkah DIY Ini Untuk Hias Tingkap Dapur Rumah, Barulah ‘Meriah’ Dapur Raya Haji Nanti!

2.1K
SHARES

Selain dari menghias ruang tamu rumah ketika menyambut perayaan, ruang apa lagi dalam rumah yang anda akan hias? Bilik, ruang makan atau dapur? Bila sebut dapur, antara salah satu bahagian yang kita sering terlepas pandang untuk hias adalah tingkap dapur. Tingkap dapur yang biasa kalau sudah lama, dah tak cantiklah kan kerana cerminnya tidak berkilat seperti dahulu. Jadi, langkah efektif yang boleh diambil adalah dengan ‘membalut’ cermin dapur tersebut. Macam mana? Ikut cara-cara dibawah ini.

http://percahami.blogspot.my/

Projek DIY Mirror sticker/wallpaper cermin untuk cermin dapur

Bahan-Bahan

1.Mirror sticker (wallpaper untuk cermin) beli dr Mr Diy..1 roll saiz 90cmX2m. Harga RM23.50..cukup segelung ni untuk tingkap dua panel

2.Air yang dicampur sabun

3.Gunting dan pen marker

Cara-Caranya

www.facebook.com/ibuanisn.anas

1.Keluarkan cermin dr framenya. Cuci bersih so masa ni la akak excersice mana tak pernah cuci tu boleh la bawa-bawa dicuci ye

2.Letak cermin atas gulungan mirror sticker ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin..dijadikan sukatan untuk mudahkan masa proses nak dipotong nanti.
-Potong miror sticker ikut panjang dan lebar yang telah ditanda

3.Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit. .nak wangi kau tambah syampoo anak kau.

4.Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ni sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu.

5.Tampal pada cermin..ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble) jika ada. Pasang mirror sticker ni pada SALAH SATU bahagian cermin sahaja

6.Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali ditempat asal..di frame tingkap. Tu gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker..mudah sahaja nak pasang..kos murah dan tak makan masa yang lama pun.

www.facebook.com/ibuanisn.anas

*Dah siap! Cantik kan? Sesiapa yang tak sempat nak cantikkan dapur ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas, boleh la guna cara ini untuk cantikkan tingkap dapur pada Raya Aidiladha yang bakal disambut minggu hadapan.

Sumber: Suhana Mat Rasu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×