Asuh

Si Kecil Enggan Ke Sekolah? Cium Anak Pada Bahagian Ini, Pasti Mereka Teruja Setiap Hari!

27
SHARES
cium anak

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya buat anak. Penting untuk anak mendapat sepenuh sokongan daripada ibu bapa mereka bermula daripada usia kecil. Satu cara ibu bapa boleh lakukan ialah cium anak sebagai tanda sayang dan sokongan kepada mereka. Malah, hubungan antara ibu bapa dan anak akan menjadi lebih erat melalui ciuman.

Ibu bapa boleh mencium anak sebelum dan selepas pulang sekolah tanda sokongan mereka telah melakukan sesuatu yang hebat pada hari itu. Hati anak akan menjadi lebih lembut selepas dicium kerana mereka merasai dihargai oleh ibu bapa.  Tapi, bahagian mana yang sesuai untuk cium anak? Jom ikuti perkongsian penulis!

Baca juga: NO! NO! NO! Jangan Cium Bahagian Mulut Anak, Mereka Pun Tak Terlepas Rasa Terangsang!

4 BAHAGIAN UNTUK  IBU BAPA CIUM ANAK, PASTI ANAK RASA SENANG

1. UBUN-UBUN KEPALA ANAK

Mencium ubun kepala bermaksud ibu bapa bangga dengan anak mereka. Oleh itu, saat anda mencium ubun kepala anak setelah mereka  pulang dari sekolah, penat sepanjang harian di sekolah hilang begitu sahaja. Ini kerana anak tahu ibu bapa bangga dengan pencapaian yang mereka lakukan di sekolah.

2. PIPI ANAK

cium anak

Selain itu, mencium anak di pipi adalah tanda ibu bapa rindukan mereka. Anak akan berasa lebih disayangi jika dicium di pipi oleh orang tua ketika pulang dari sekolah. Boleh juga ketika ambil anak dari sekolah atau tadika, ibu bapa terus gomol pipi si comel akibat rindu yang melampau.

3. DAHI ANAK 

cium anak

Ciuman di dahi bermaksud keredhaan ibu bapa kepada anak. Sebelum anak ke sekolah, ciumlah dahi tanda redha mereka keluar rumah untuk menuntut ilmu. Malah, anak akan mudah mencari ilmu dengan keberkatan yang diperoleh oleh orang tua mereka melalui ciuman di dahi itu.

4. TANGAN ANAK

cium anak

Ciuman di tangan bermaksud tanda kasih sayang kepada anak. Belai dan cium tangan anak tanda kasih kepada mereka. Malah, bukan sahaja ibu bapa, tapi anak pun perlu dipupuk untuk salam tangan kedua orang tua mereka. Ingat, ajar mereka untuk mencium tangan menggunakan bibir atau hidung dan bukannya dahi.

Jika ibu bapa cium anak pada 4 bahagian di atas, pasti si kecil mereka akan jadi lebih suka dan paling penting tenang untuk ke sekolah. Tiada lagi paksaan setiap pagi, sebaliknya anak akan mula rela untuk ke sekolah dengan bantuan sokongan penuh daripada kedua ibu bapa. Semoga bermanfaat!

Sumber: Tiktok Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×