Dengan crowd lebih kurang 50,000 orang, ternyata Citrawarna 2015 cukup mempersonakan dan layak diberikan rating 5 bintang. Persembahan, audio, visual, lampu, arrangement – semuanya tip-top! Ramai juga yang menonton sambil mulut ternganga!
Acara ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 125 rakan media antarabangsa dan perniagaan dari 18 buah negara yang dibawah program Tourism Malaysia Mega Familiarisation Programme. Negara terlibat ialah Singapura, Brunei, Indonesia, Cambodia, Thailand, Filipina, Myanmar, Laos, Vietnam, China, Hong Kong, Japan, Korea, India, Nepal, Mauritius, Germany dan Kazakhstan.

Penuh dengan warna-warni
Bijak emcee pada malam itu yang mengajak penonton tempatan bertepuk tangan apabila nama-nama negara diatas disebut dari atas pentas! Sungguh gamat Dataran Merdeka!
Pada tahun ini, Citrawarna edisi yang memasuki edisi ke 16 ini melibatkan lebih kurang 600 penari, pemuzik dan ramai lagi yang terlibat dalam bidang seni dan kebudayaan. Dengan tema “Culture, Nature, Future”, Citrawarna@Kuala Lumpur bagaikan mendapat sentuhan magis dari Puan Sri Tiara Jacquelina.
MUD: Our Story of Kuala Lumpur
Pada jam 7.30pm, teater musikal MUD: Our Story of Kuala Lumpur bermula, dan ia benar-benar memikat hati penonton yang sudah sekian lama menunggu di hadapan pentas. Gambaran dan lakonan kebakaran besar yang melanda Kuala Lumpur pada Januari 1881, dan juga banjir besar yang menenggelamkan Kuala Lumpur pada Disember 1881 terasa cukup hidup.
Pak Nil dan Altimet juga memeriahkan majlis dengan lakonan dan nyanyian selamba mereka. Tidak ketinggalan juga, pereka fesyen tempatanseperti Melinda Looi, Zang Toi, Rizman Ruzaini, Zery Zamry dan Rubaq Batik, juga menonjolkan rekaan terbaru mereka.

Bunga api yang menerangi Dataran Merdeka
Program Citrawarna 2015 diakhiri dengan dentuman kemeriahan bunga api yang menerangi Dataran Merdeka. Jumpa lagi pada tahun hadapan, 7 Mei 2016!