Rakyat

“Ciri Checkout Tidak Lagi Dipakai…”- Ciri Baharu MySJ Trace Diperkenalkan

263
SHARES

Orang awam tidak lagi perlu menggunakan ciri checkout yang terdapat di MySejahtera selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan ciri baharu MySJ Trace pada aplikasi berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu iaitu MySJ Trace bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dibuat secara lebih sistematik.

Baca juga: Cara Buat Permohonan Untuk Home Quarantine Di Malaysia, Jangan Leka!

CIRI CHECKOUT TIDAK LAGI DIPAKAI, CIRI BAHARU MYSJ TRACE

MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada @KKMPutrajaya untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah anonymised.

Ciri baharu ini sangat digalakkan apabila ke tempat awam setting indoor. Ciri checkout tidak lagi di pakai,” jelasnya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.

Pada masa sama, Khairy turut memaklumkan ciri ini telah dihantar serentak ke Google, Apple & Huawei. Sudah boleh dikemaskini di Huawei. Untuk Google & Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update baharu ini.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×