Dapur

Chef Kongsi Resepi Mint Sauce Untuk Makan Tandoori & Kambing, Barulah ‘Kick’!

19
SHARES

Sebut sahaja makanan India seperti tandoori dan juga makanan Barat seperti kambing atau grilled lamb, sudah pasti anda terfikirkan ‘mint sauce’ yang didatangkan sekali. Membantu untuk menambahkan rasa dan menghilangkan rasa hanyir makanan, tidak ramai dalam kalangan kita yang tahu cara yang betul untuk buat mint sauce tersebut.

Oleh itu, seorang chef yang dikenali sebagai Chef Rajesh telah menjawab persoalan orang ramai tentang resepi yang betul untuk buat mint sauce supaya ada rasa ‘kick’!

Baca juga: Resepi Pisang Butter Dengan Sos Kastard, Memang Layan Makan!

RESEPI MINT SAUCE KAW UNTUK TANDOORI DAN LAMB

BAHAN-BAHAN

1. Daun pudina

2.Cili hijau

3.Daun ketumbar

4.Lemon

5.Bawang merah

6.Halia

7.Cili padi

8.Bawang putih

9.Kacang walnut

10.Yogurt

CARA-CARA NAK DAPATKAN MINT SAUCE YANG KAW!

1.Mula-mula, gorengkan kacang walnut seketika supaya kelihatan keperang-perangan.

2.Kemudian, masukkan daun pudina, daun ketumbar, bawang putih, cili padi, bawang merah, halia, cili hijau besar, kacang walnut yang dipanggang tadi, yougurt dan perahan buah lemon.

3. Masukkan juga bahan perasa seperti serbuk lada putih, garam,gula dan serbuk jintan.

4. Tambah sedikit air dan kisarkan sampai hancur.

5. Siap!

Video penuh:

Selamat mencuba!

Sumber: Chef Rajesh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×