Hebahan

Padat Aktiviti Desa, Jom Meriahkan Program Check-In Kampung Media Prima Bersama Selebriti Popular! #SetulusIkhlas

13
SHARES

Bagi musim perayaan Ramadan dan Raya, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) bakal menganjurkan satu siri jelajah berkonsepkan aktiviti amal iaitu Check In Kampung! Siri jelajah yang padat dengan aktiviti ini pastinya dapat mendekatkan lagi orang ramai dengan suasana di desa dimana ramai artis terkenal tanah air juga bakal hadir!

BANYAK AKTIVITI SEMPENA CHECK-IN KAMPUNG!

Bersesuaian dengan tema kempen, Setulus Ikhlas ingin mendekati penonton setia secara menyeluruh, tidak hanya di bandar-bandar, masyarakat di kampung juga tidak dilupakan. Setulus Ikhlas juga ingin menggalakkan orang ramai untuk pulang ke kampung untuk merapatkan silaturrahim dan menjalin ukhwah yang lebih erat lagi di musim perayaan ini.

Program Check-in Kampung akan berada di dua lokasi iaitu di Sungai Besar pada 19 Mei dan di Mukim Kesang, Tangkak pada 24 & 25 Mei 2019. Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah sesi gotong royong untuk berbuka puasa, moreh, ziarah sahur, solat terawikh, rakaman Tanyalah Ustaz, jualan makanan (food truck), sesi ramah mesra dengan artis Ramadan Raya MPTN dan tanggungjawab sosial korporat & khidmat masyarakat (CSR).

CHECK-IN KAMPUNG BERSAMA SKUAD-A

Samsung bakal menawan golongan remaja sepanjang Ramadan Raya menerusi Skuad-A iaitu Nabila Razali, Ismail Izzani dan Haqiem Rusli untuk menceriakan kawasan awam dan menjadikannya tempat yang boleh dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan pada musim perayaan ini. Nantikan aktiviti menarik ini di bulan Mei di Melaka dan Kedah dengan mengikuti Skuad-A.

Nantikan kemunculan barisan artis serta duta Setulus Ikhlas dan sertai mereka dalam pelbagai aktiviti komuniti dan amal. Jumpa anda disana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×