Rakyat

‘Central Lunar Eclipse’, Fenomena Gerhana Bulan Penuh Bermula 4.02 Petang Ini

41
SHARES

Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 8 November 2022 (Selasa) akan berlaku 5.8 hari sebelum bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km.

Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah.

Baca juga: Betul Ke Syaitan Masuk Rumah Yang Tak Tutup Pintu Ketika Waktu Maghrib?

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH BERMULA 4.02 PETANG INI

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), di Malaysia fenomena gerhana bulan penuh berlaku mulai jam 4.02 petang dan berakhir pada jam 9.56 malam. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

Gerhana Bulan Penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.

Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.

“Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08,” jelasnya.

Oleh itu, pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

Sumber: Facebook MYSA Angkasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×