Sebagai ibu bapa yang bekerja, sering kali kita dihimpit kebimbangan tentang pendidikan anak-anak. Bagaimana nak pastikan mereka belajar dengan baik? Adakah mereka bersedia untuk ke sekolah rendah nanti? Semua persoalan ini mungkin menghantui fikiran, lebih-lebih lagi bila tiada masa untuk memantau pembelajaran mereka di rumah.
Di sinilah peranan Cendekiawan Educare, sebuah tadika dan taska yang memahami cabaran ibu bapa zaman kini. Dengan pendekatan unik yang menggabungkan belajar sambil bermain dan pendidikan tanpa tekanan, tadika ini berjaya menarik perhatian ramai ibu bapa bekerja.
Kenapa Cendekiawan Educare Menjadi Pilihan Ibu Bapa?
Fasiliti Lengkap dengan Konsep Moden
Cendekiawan Educare menyediakan fasiliti yang dirancang khas untuk membantu perkembangan anak. Dengan bangunan yang luas dan konsep moden, tadika ini menawarkan persekitaran yang selesa dan menyeronokkan untuk anak-anak belajar dan berkembang.
Anak Masuk Darjah 1 dengan Penguasaan 3M
Kami faham, mesti ramai ibu bapa yang risau bila anak mereka yang berusia 6 tahun belum menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira) sebelum melangkah ke darjah 1.
Dengan Cendekiawan Educare, anda tak perlu risau lagi, kerana mereka komited untuk memastikan setiap pelajar 6 tahun siap menguasai 3M sepenuhnya sebelum masuk ke Tahun 1.
Anak Lebih Berdikari dan Berkeyakinan Diri
Anak-anak di sini belajar lebih dari sekadar akademik. Mereka diajar untuk berdikari, jaga diri sendiri, dan membina keyakinan. Hasilnya? Anak anda jadi lebih bersedia menghadapi cabaran dunia luar dengan senyuman lebar!
Mungkin ada yang ragu-ragu dengan Cendekiawan Educare sebab nampak macam tadika ni mahal, terutama dengan bangunan besar dan moden di Putrajaya. Tapi sebenarnya, yuran yang dikenakan berpatutan dan setanding dengan kualiti pendidikan serta kemudahan yang lengkap untuk anak-anak.
Ada juga yang fikir tadika ni hanya untuk budak-budak pandai, tapi itu tak betul. Ini kerana, Cendekiawan Educare menggunakan pendekatan Fun Learning yang digunakan sesuai untuk semua anak, tak kira tahap kebolehan mereka, jadi setiap pelajar boleh belajar dengan seronok dan penuh keyakinan.
Selain itu, Cendekiawan Educare turut menerapkan konsep belajar sambil bermain dan pendidikan tanpa tekanan. Ini akan membuatkan anak-anak seronok ke tadika setiap hari, dan balik rumah tanpa ‘homework’.
Jadi, ibu bapa dan anak-anak boleh luangkan masa berkualiti bersama untuk bonding yang lebih erat. Dalam masa yang sama, pendidikan dan perkembangan anak-anak tetap tercapai dengan baik!
Daftarkan Anak Anda di Cendekiawan Educare untuk Pendidikan yang Berkualiti dan Berinovasi!
Jika anda ibu bapa yang bekerja dan risau tentang pendidikan anak-anak, Cendekiawan Educare adalah pilihan yang tepat. Hantar anak anda ke tadika ini dan saksikan sendiri perubahan positif mereka hari demi hari. Dari penguasaan 3M hingga keyakinan diri yang tinggi, semuanya akan dicapai dengan cara yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang.
Jadi, tunggu apa lagi? Berikan peluang kepada anak anda untuk merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza di Cendekiawan Educare. Anda pasti tidak akan menyesal!
Pendaftaran 2025 kini dibuka, untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Cendekiawan Educare dan ikuti sebarang update terkini melalui Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube mereka.