Rumah Tangga

16 Cara Untuk Curang Tanpa Dikesan Pasangan. Perempuan, Jaga-jaga!

5.9K
reads
Cara untuk curang

[infobox]

tanda-amaran-icon-warning

Nota: Tunggu dulu! Jangan sentap.

Artikel ini adalah satu pendedahan. Sekali baca tajuk, akan buat naik darah. Namun, panduan ini adalah panduan reverse-psychology. Ia bukannya panduan untuk lelaki supaya mendapat idea bagaimana untuk curang.

Sebaliknya, ia lebih kepada maklumat umum, termasuk untuk wanita. Perempuan boleh baca untuk mengetahui apa sebenarnya ada dalam otak si lelaki.

[/infobox]

Biasalah, kalau nak curang, curang juga!“. Selalu kita dengar orang sebut ayat ini bukan?

Tidak kira apa status anda, samada seorang isteri atau steady girlfriend, belajarlah dari sini. Ramai suami ingat isteri mereka bodoh. Lantas melakukan perkara-perkara yang dia ingat isteri tidak tahu, sedangkan sudah lama tahu taktik kotor itu.

Ini adalah antara taktik kotor yang dimainkan lelaki. Jangan ingat orang perempuan tak tahu!

Cara untuk curang

Baik, orang lelaki. Sila print dan simpan dalam poket cheat-code ini.

1. Simpan nombor skandal atas nama kawan satu pejabat

Cara untuk curang

Foto Kredit: shutterstock.com

Ini penting. Letak nama kawan-kawan sepejabat yang pasangan anda kenal. Kalau ada nombor naik dan keluar nama kawan satu pejabat, tentu pasangan anda tidak akan suspek apa-apa.

2. Simpan handphone spare di pejabat

Takut pasangan check handphone? Beli handphone satu lagi. Tak perlu yang mahal-mahal. Asalkan boleh pakai, itu sudah mencukupi. Tapi syaratnya, hendaklah berkomunikasi pada waktu pejabat sahaja.

Lepas guna, simpan semula dalam laci pejabat. Esok, guna lagi!

3. Beli nombor prepaid lain

Kalau sekarang guna postpaid, bertukarlah pada prepaid. Sekarang dah murah. Lagi pula boleh dapat di mana-mana sahaja.

Tambahan lagi, tidak ada bil untuk pasangan anda audit. Lebih mudah kerana tidak ada orang tahu siapa kita sebenarnya!

5. Guna handphone yang ada 2 simkad

Mudah untuk asingkan panggilan peribadi dan panggilan untuk skandal. Pasangan anda juga mungkin tak akan pernah tahu yang telefon tersebut ada 2 simkad.

5. Pegang handphone 24 jam

Sila pegang handphone anda 24 jam. Pegang erat-erat. Letak dalam poket dan bawa ke mana sahaja. Kalau pasangan anda cuba sentuh, cakap “Haippppp“.

6. Matikan GPS

Tentu sekali pasangan anda tidak akan dapat menjejaki anda. Bukannya kita tidak tahu, ada isteri cuti-curi track suami. Tak percaya la tu!

Bila mahu pergi berpoya-poya, matikan sebarang bentuk tracking yang ada!

7. Lock handphone

Ini penting. Letak password paling susah yang pernah wujud dalam dunia ini. Jangan biarkan pasangan anda cuba crack password tersebut.

Kalau pasangan bertanya, “Kenapa abang lock handphone?“. Jawablah, “Taknak bagi anak main. Nanti habis data“.

Logik tak?

8. Letak handphone bawah bantal semasa tidur

Walaupun sudang pegang telefon 24 jam, kadang-kadang kena juga berpisah sementara semasa tidur. Bukan apa, ada pasangan yang curi-curi check hanphone suami semasa dia tengah tidur.

Jangan langsung bagi peluang pada isteri untuk sentuh telefon keramat tersebut

9. Hantar mesej pada skandal dalam bilik air

Buat-buat alasan sakit perut. Sambil-sambil itu, boleh main game Clash of Clans (CoC). Isteri tidak akan syak punya. Kalau dia tanya, “Kenapa lama sangat dalam bilik air?“. Jawablah, “Entahlah, asyik cirit-birit je semenjak dua menjak ni

10. Clearkan chatting history

Ini untuk orang yang ada satu handphone sahaja. Sebelum balik rumah, pastikan clear semua chatting history agar pasangan tidak dapat baca.

11. Simpan semua chatting history atau conversation ke email

Namun, sebelum betul-betul clear chatting history, simpan dulu kalau ada yang menggamit memori. Manalah tahu ada mesej yang menemukan skandal buat kali pertama.

Untuk buat kenangan, simpan atau forward ke email untuk rujukan hari yang mendatang.

12. Hide photo dalam Gallery handphone

Pernah selfie dengan skandal untuk kenang-kenangan?

Untuk mengelakkan isteri ternampak gambar bersama skandal, pandai-pandai hide gambar tersebut. Jika perlu, gunakan app untuk menyembunyikan gambar saat-saat manis itu.

13. Hubungi skandal guna Skype

Ini adalah advance level.

Jika tidak mahu diketahui isteri, gunakan Skype untuk menghubungi skandal. Cuma topup USD10, sudah cukup untuk berborak panjang, bertanya khabar skandal.

Lagi satu, bila guna Skype, tidak perlu paparkan nombor telefon sendiri, kerana ia akan keluar Unknown Number. Selamat kan?

14. Buat satu lagi akaun Facebook

Bukan sahaja kena ada nombor telefon prepaid lain, cuba buka satu lagi akaun email yang lain.

Untuk akaun Facebook yang biasa, buat-buatlah kongsi password dengan isteri, agar dia tidak mengesyaki apa-apa. Belakang dia, kita layan satu lagi akaun Facebook. Menarik tak?

15. Berbelanja guna cash sahaja

Jangan pandai-pandai guna kad kredit, seperti apabila anda mahu belanja perempuan lain makan di restoran lima bintang.

Juga elakkan membeli hadiah seperti handbag atau pakaian untuk perempuan lain dengan kad kredit. Ini kerana isteri boleh buat audit untuk melihat perbelanjaan suami.

16. Rajinkan diri basuh baju

Untuk mengelakkan isteri cium baju sebelum basuh, takut-takut ada bau perempuan lain, rajin-rajin basuh baju. Isteri tidak akan perasan. Yang isteri tahu, suami dia rajin basuh baju.

Akhir kata

Cara untuk curang

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Tahniah kerana habis membaca sampai sini. Sekarang mungkin anda betul-betul sudah perasan, panduan ini adalah panduan jenis reverse-psychology. Anda juga yang mendapat manfaat bukan kerana sudah tahu taktik lelaki?

Sekarang, kongsikan dengan kami. Apakah lagi perangai pelik lelaki kalau dia curang?

Yang Popular

To Top