Bersempena dengan pelancaran “Jam Tangan Pengembara Masa” atau “TimeTraveller Watch” pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan fungsi Touch ‘n Go untuk tujuan reload segera dan pembayaran, 11street (www.11street.my) mengumumkan kolaborasi terkini dengan DCR Marketing, penyedia berkualiti bagi menghasilkan aksesori fesyen inovatif ini di pusat beli-belah elektronik terbaik Malaysia.
Dengan membawa “Jam Tangan Pengembara Masa” di atas talian, Ketua Pegawai Ekseklutif 11street, Hoseok Kim berkata, “Kemudahan memainkan peranan penting pada masa sekarang dan orang ramai menitikberatkan pengalaman yang mudah di dalam pembelian atas talian. Dengan menyediakan pelanggan pilihan bagi membeli “Jam Tangan Pengembara Masa” di 11street, mereka dapat membeli jam tangan 2-dalam-1 ini dengan mudah. Ini berpadanan dengan nilai-nilai teras 11street – iaitu membantu pengguna mencari apa yang mereka suka, dengan cepat dan berpatutan.”
Menawarkan fungsi pelbagai, “Jam Tangan Pengembara Masa” membenarkan pengguna membeli-belah, berjalan, makan dan tempat tinggal hanya dengan satu sentuhan dengan fesyen yang dipakai. Dengan “kad jam” beserta fungsi Touch ‘n Go, pengguna boleh melawat lebih daripada 2,000 kedai peniaga Touch ‘n Go[1] di Malaysia.
“Setelah sekian lama, Touch ‘n Go telah berkembang dari segi kegunaan dengan berkolaborasi dengan kebanyakan peniaga runcit besar, seperti Watsons, Tesco, Mydin, Baskin Robbins dan banyak lagi….membenarkan perkhidmatan bayaran tanpa tunai. Dan kini, dengan “Jam Tangan Pengembara Masa”, ia merupakan satu lagi platform bagi pengguna membawa kad Touch ‘n Go keluar dari kereta dan membeli-belah dengan lebih mudah dan bergaya,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn Bhd.
Dengan memperkenalkan teknologi yang dipakai terkini ke pasaran Malaysia, Rosalie Lin, Pengurus Pemasaran DCR Marketing berkongsi, “Di DCR, kami tidak henti-henti mencari ciptaan yang lebih baik bagi memenuhi kehendak pasaran. Berpegang dengan konsep yang sama, 11street, Touch ‘n Go dan DCR Marketing komited untuk menyediakan rakyat Malaysia produk dan perkhidmatan bagi memastikan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi,”
“Jam Tangan Pengembara Masa” kini dijual dengan harga RM222 termasuk GST 6% dan penghantaran percuma di dalam Malaysia bagi 100 pembelian pertama di 11street. Harga runcit adalah RM239 (tidak termasuk GST 6%) dan boleh didapati di Touch ‘n Go Hubs The Sphere, Bangsar South dan KL Sentral. “Jam Tangan Pengembara Masa” ini boleh didapati dalam 2 warna – Hitam dan Putih dan lebih banyak warna akan datang.
Bagi lebih menggembirakan pencinta teknologi fesyen, satu pertandingan Kongsi & Menang akan dijalankan di Facebook and LINE 11street dari 3 hingga 12 Jun 2016. 6 pemenang dengan kapsyen yang paling kreatif dan paling banyak likes bagi setiap platform akan dihadiahkan dengan jam tangan ini. Bagi mereka yang berminat, sila layari FB Page 11street: https://www.facebook.com/11street.my atau Instagram: https://www.instagram.com/11streetmy.
[1] http://www.nst.com.my/news/2016/02/128524/one-simple-touch-greater-convenience
[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About 11street (www.11street.my)
11street is a trustworthy and convenient online marketplace that offers a great variety of products at competitive prices. It strives to revolutionise today’s consumers’ online shopping experience by making it more personalised and engaging. 11street has a diverse selection of product categories which are tagged on Fashion, Electronics, Groceries, Health & Beauty, Kids & Baby, Leisure & Sports, Home & Living and Books & Services including deal offerings like E-vouchers. 11street is also an optimised marketplace where its merchandising ecosystem, education and training programs can fully support sellers regardless of the size of their businesses. Established in Korea since 2008, 11street is now one of the top global e-commerce marketplace providers with 400,000 sellers serving over 30 million consumers worldwide. 11street also has a presence in Turkey and Indonesia, known as n11 and elevenia, respectively. For more information, please visit www.11street.my [/box]
[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About Touch ‘n Go Sdn. Bhd
Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) is owned by CIMB Group Holdings Berhad, MTD Capital Berhad and PLUS Expressways Berhad. TNGSB holds the intellectual property rights to the Touch ‘n Go system, which is the de-facto standard for contactless smartcards in Malaysia. The Touch ‘n Go electronic payment system is the biggest multi-application e-purse, specialising in providing convenience for the public for their micropayment needs. Touch ‘n Go cards can be used as a mode of payment at retail outlets and parking, as the common ticketing system at major public transportation and the one and only Electronic toll collections system. Users also enjoy the convenience to reload their Touch ‘n Go cards at more than 9,000 reload points; on the highways, Touch ‘n Go Hubs and SPOTs, petrol stations, convenience stores and appointed retail outlets and agents.[/box]
[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About DCR Marketing
Established as a premier provider of customer loyalty and marketing programmes in Malaysia, DCR design, manage, advise and partner extensively in marketing programmes for major corporations. Offering highly competitive services in creating and developing effective and dynamic Marketing and Loyalty solutions are always its practice. [/box]