Sihat

Cara Tepat Buang Kit Ujian Kendiri Covid-19, Jangan Buang Merata-Rata!

36
SHARES

Sebelum ini, sebanyak 11 kit ujian kendiri Covid-19 telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diimport dan dijual di negara kita. Kit ujian kendiri ini dapat mengesan virus Covid-19 menggunakan pengesanan RTK-Antigen dan jika keputusan ditunjukkan positif, individu tersebut diminta untuk membuat RT-PCR di klinik ataupun hospital berhampiran.

Baca juga: Kit Ujian Kendiri Covid19: Harga, Cara Penggunaan & Jenama Yang Diluluskan KKM

BUANG KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 DENGAN ELOK

Menurut laporan BH Online, pelupusan kit ujian kendiri Covid-19 haruslah dilakukan secara berhemah dan betul. Pembuangan secara merata-rata bimbang akan meningkatkam risiko jangkitan wabak tersebut.

Bukan pekerja yang menjalankan kerja perkhidmatan sisa pepejal sahaja berisiko malah juga orang ramai akan turut berisiko jika tidak dibuang dengan betul.

Menurut syarikat konsesi sisa pepejal dan pembersihan awam, antara cara yang betul adalah dengan menyembut cecair nyah kuman ke alat peralatan yang sudah digunakan itu.

“Orang ramai diminta melupaskan kit ujian kendiri itu secara selamat dan teratur bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dengan menyembur cecair nyah kuman ke peralatan yang sudah digunakan itu. Seterusnya, buang bungkusan dan dibuang ke dalam tong sampah beroda,” jelasnya.

Selain itu, para pekerja setiap syarikat konsesi akan sentiasa memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) ketika bertugas dan sentiasa membersihkan diri.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×