Deko & Hias

Cara Tanam Ulam Raja, Daun Rimbun & Sentiasa Ada Pucuk Muda

20
SHARES

Semenjak ramai dalam kalangan kita yang Work From Home, mesti ada beberapa aktiviti baharu yang anda ceburi bukan? Salah satunya adalah aktiviti bercucuk tanam yang boleh juga tenangkan minda. Jadi, buat anda yang baru pertama kali nak cuba bercucuk tanam, apa kata anda cuba tanam ulam raja. Ini cara tanam ulam raja yang anda boleh gunakan supaya daun pun rimbun. Boleh makan dengan nasi dan sambal belacan!

Baca juga: Cara Tanam Ros Jepun Supaya Rimbun & Lebat Bunga

Cara tanam ulam raja di rumah

cara tanam ulam raja

1.Rendam biji benih dalam air suam (40 darjah celcius selama 2-12 jam)

2.Semai benih dalam kedudukan mendatar dalam lubang sedalam 1 cm.Gunakan tanah atas (topsoil) atau tanah khas untuk semaian.

3.Sembur air menggunakan botol penyembur atau spray supaya tanah kekal lembap.

4.Benih akan bercambah selepas 5 hari. Alih ke dalam pasu atau atas tanah apabila pokok ada 4 helai daun. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari.

5.Tips untuk dapatkan pokok bercabang, kerat tunas utama apabila pokok sudah mencecah 15 cm (6 inci). Untuk kekalkan daun besar, cubit buang bunga yang tumbuh.

cara tanam ulam raja

Tips ulam raja rimbun, sentiasa ada pucuk muda

-Ulam raja elok dituai selalu supaya sentiasa ada pucuk muda.

-Bila pokok dah tumbuh tinggi dalam satu kaki, kerat tunas utama. Pokok akan jadi rimbun.

-Sentiasa tua supaya bunga tak tembuh. Kalau keluar bunga, daun yang dihasilkan kecil.

Selamat mencuba!

Sumber: tanamsendiri.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×