DIY & Kraf

Cara Tanam Daun Selom Paling Mudah, Hanya Rendam & Tanam Secara Melintang Je

102
SHARES

Daun selom adalah antara ulam-ulaman yang menjadi kegemaran orang Malaysia khususnya ketika menjamah makanan tengahari. Bukan sahaja boleh dijadikan ulam, daun selom juga turut digunakan dalam masakan lain seperti daun hiasan laksa dan kerabu.

Tetapi, setiap kali berkunjung ke pasaraya atau pasar, daun selom seringkali kehabisan stok kerana mendapat permintaan yang tinggi. Jadi, paling mudah adalah anda tanam sendiri daun selom di rumah. Tidak susah, hanya gunakan 5 langkah ini sahaja anda akan dapat hasil tanama daun selom yang gemuk-gemuk dan segar!

CARA MUDAH TANAM DAUN SELOM SEGAR

1.Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.

2. Lebih kurang 5-7 hari direndam, akan keluar akar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman)

3. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.

4. Tutup dengan tanah dan siramkan. Pastikan tanah sentiasa lembap.

5. Tanam selom ini mudah dan tak perlu tunggu masa lama. 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.

Gemuk-gemuk daun selom dan sangat segar!

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×