Tech

Cara Taip Huruf Jawi Di Handphone Tanpa Install Apps. Adjust Setting 2 Minit Je

1.7K
SHARES

Memandangkan hari ini hari Jumaat dan juga Hari Jawi, apa kata kita cuba banyakkan penggunaan tulisan jawi. Mungkin ada yang belum tahu cara taip huruf jawi di handphone kan?

Sebenarnya mudah je nak setkan keyboard jawi ni melalui handphone masing-masing.

Tak perlu install apa-apa apps dan tak perlu nak download apa-apa.

Confirm tak habis data punyalah.

Ok jom kita tengok caranya.

Cara Setkan Keboard Jawi Di Telefon Pintar

1. Pilih ‘Setting’

Mula-mula pergi dekat bahagian setting keyboard telefon pintar masing-masing.

Mungkin adalah beza sikit ikut jenis handphone. Macam saya ni guna handphone Oppo, dia ada dekat ‘Additional Setting’.

Cara taip huruf jawi di handphone

Lepas tu jumpa ‘Keyboard & Input Method’ tekan situ.

Cara taip huruf jawi

Kemudian pergi bahagian ‘Available Keyboard’ > Multilingual Typing

Cara taip huruf jawi

2. Pilih Bahasa

Lepas tu bolehlah pilih keyboard jawi yang kita nak tu dekat bahagian setting ‘Languages’.

Nanti dia akan keluar semua senarai tulisan. Nak senang kita taipkan terus arab / malay.

Nanti dia tapis pilihan tu lagi mudah dan cepat kita dapat pilih.

Cara taip huruf jawi

OK select Malay (Arabic).

3. Tekan ‘Add Keyboard’

Tekan butang ‘Add Keyboard’ yang dekat bawah tu.

Siap.

Nanti bila kita nak taip, dia akan terus keluar keyboard Jawi tu macam ni.

So dah bolehlah taip huruf Jawi sama ada dekat FB ke, WhatsApp ke, Google atau apa-apa jenis fail dokumen lain di handphone.

Manalah tahu ada kerja sekolah anak kena guna tulisan jawi lepas ni. Bolehlah buat dekat handphone je.

Mudah je kan?

Nanti bila nak taip rumi, tekan je dekat simbol bumi tu untuk tukar semula dari Jawi – Rumi dan sebaliknya.

Handphone lain mungkin lain sikit tapi caranya lebih kurang sama saja. Yang penting kena cari keyboard setting tu.

*Kalau nak cara cepat convert tulisan rumi ke jawi boleh juga guna ni:

http://www.ejawi.net/converterV2.php

Terus taip ayat yang kita nak dan copy paste ke mana-mana medium yang kita nak.

Ok selamat mencuba dan jom sama-sama kita membudayakan tulisan Jawi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×