Berita baik buat semua rakyat yang menggunakan Iphone dan iWatch, kini anda sudah boleh menggunakan sistem pembayaran Apple Pay! Berita ini sangat mengujakan kerana sebelum ini hanya boleh digunakan di luar negara sahaja. Tapi, macam mana nak ‘set up’ Apple Pay ini supaya memudahkan pembayaran anda ketika membeli-belah nanti? Ini caranya…
Baca juga: Cara Mudah Trace Semula Password, Tak Perlu Tekan Forgot Password
MACAM MANA NAK ‘SETTING’ APPLE PAY
Apple Pay dah boleh dipakai di Malaysia. Teringat masa duduk di UK dulu. Sesiapa yang ada Iphone atau iwatch patut cuba. Cara dia senang je.
1. Masuk “Setting”
2. Klik “Wallet and Apple Pay”
3. Klik “Add Card”
4. Klik “Debit or credit card”
5. Ikut je on screen instruction.
Cara nak bayar guna Apple Pay?
Untuk pengguna iPhone atau iWatch hanya perlu double click side button. Tak payah bawak kad banyak-banyak dah lepas ni.

Foto: KLGadgetGuy
Sumber: Lukman Abdullah