“Ish… Dah masuk 2/3 Ramadhan ni, rasa macam baru sikit aku baca Quran. Ni gara-gara leka main Facebook lah ni.”
Mesti ramai antara kita yang tanam niat nak tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan ni kan?
Mana tidaknya, di bulan mulia ini Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi amalan kebaikan yang dilakukan.
Tapi ada masanya begitu mudah kita terleka dengan media sosial. Awalnya ingat nak skrol sekejap saja. Tapi skrol punya skrol makan 1 jam jugalah. Lepas tu mulalah menyesal sebab dah bazir masa.
Cara Set Reminder Tempoh Penggunaan Di Facebook
Sebenarnya tak salah nak guna media sosial seperti Facebook setiap hari, asalkan kita tak lalai dan tak menghabiskan terlalu banyak masa berbanding buat kerja yang bermanfaat.
Untuk hadkan tempoh penggunaan harian, kita boleh setkan reminder untuk mengingatkan dah berapa lama kita luangkan masa di Facebook hari ini.
Ini caranya.
1. Pergi Bahagian Setting
Mula-mula pergi ke tab setting, melalui ikon 3 garis di bahagian atas paling kanan yang terdapat pada paparan Facebook.
2. Settings & Privacy
Skrol ke bawah dan cari ikon bentuk gear yang tertulis ‘Settings & Privacy’.
Kemudian tekan bahagian ‘Your time on Facebook’.
Dekat sini kita boleh tengok graf dan purata berapa minit / jam sehari yang kita dah luangkan di Facebook.
Terus rasa insaf sekejap kan?
3. Set Daily Reminder
Dekat bawah graf tu ada bahagian ‘Manage your time’.
Dekat sini kita bolehlah sasarkan berapa lama tempoh masa yang kita nak cuba hadkan untuk guna Facebook setiap hari.
Masukkan tempoh masa tu di bahagian ‘Set daily reminder’
Contohnya kita nak limitkan penggunaan selama 1 jam, so buatlah kat situ 1 h 0 m.
4. Siap
Lepastu bolehlah gunakan Facebook macam biasa.
Bila dah cukup sejam, nanti akan keluar reminder macam di bawah ni.
Bila dah set ni bukanlah bermaksud kita tak boleh guna Facebook lagi.
Ia cuma akan ingatkan kita yang kita dah guna berapa lama.
Yelah, kadang-kadang duk guna 20 minit masa bangun tidur, 20 minit masa kerja, 10 minit masa makan, tunggu kawan dan lain-lain, sampai tak sedar yang kita dah guna Facebook ni dengan lama dalam 1 hari.
Bayangkan kalau kita buat kerja lain, mesti dah dapat hasilnya kan?
Jadikan Pengurusan Masa Lebih Efisyen
Walaupun sekadar nak lepaskan bosan, penggunaan media sosial seperti Facebook juga boleh menyebabkan ketagihan.
Sesekali tu kita perlu juga meraikan perkara yang berlaku dan insan yersayang yang berada di sekeliling kita.
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah luangkan terlalu banyak masa di media sosial.
Jadi, ini adalah antara usaha untuk kita pantau dan disiplinkan rutin harian supaya lebih bermanfaat!